Photobucket

kulaan

Friday, September 3, 2010

POKOK HIASAN BERACUN

Photobucket

 

Salam,
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Wasallam

Sunday, August 29, 2010

pesan dari kawan..

Photobucket
Salam Ramadhan…..
 
''Jangan Berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange anda kerana….
  Pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafan…& perfume anda adalah kapur barus..
 
'' Jangan Berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana….
   Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung…
 
'' Jangan Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana….
   Tempat Peristirehat anda yang terakhir adalah Kubur..
 
'' Jangan Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana…..
   Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga....
 
 
'' Saya bersumpah Demi ALLAH S.W.T , Demi ISLAM dan Demi ajaran AGAMA,
 Saya akan menyebarkan mesej ini ke 15 teman2 saya..
 Apabila Saya melanggar Sumpah saya ini, Maka MUSIBAH  akan selalu menimpa saya...
 Saya akan selalu GAGAL dlm usaha dan segala CITA-CITA takkan pernah terwujud.''
 
Anda sudah bernazar… 

Catatan:-eden timo email ni dari kawan den..den x bengapo suko pasal bab sumpah ni..macam makso yo..pado den la..kalau bondo elok x salah fowad kek kengkawan atau pado sapo sapo je lah...

Wednesday, August 25, 2010

nasib baek aku lahir kat Malaysia...

Sedarah tetap tidak jamin keselamatan

PhotobucketPosted on Tuesday, August 24 @ 19:38:00 PDT by paktam
Oleh - Tan Melaka
Hubungan Indonesia Malaysia tidak pernah stabil oleh kerana di pihak Indonesia senantiasa siap sedia dengan pasukan yang akan mengambil kesempatan untuk mencetuskan berbagai-bagai tindakan permusuhan terhadap Malaysia apabila ada isu-isu yang mudah membakar.

Mereka akan bertindak ganas dan jahat tanpa mendapat maklumat yang cukup. Terkini ialah kerana marahkan Malaysia menahan anggota Penguat kuasa Perikanan Indonesia yang mengganggu nelayan Malaysia menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia berhampiran dengan Johor


Pasukan Gerakan Marin Malaysia terpaksa berbuat demikian untuk menyelamatkan nelayan-nelayan Malaysia yang ditangkap Penguat kuasa Perikanan Indonesia.

Sebaik sahaja berita ini tersebar maka kumpulan Penunjuk Perasaan Upahan telah menceroboh kedutaan Malaysia di Jakarta. Mereka ini seolah-olah bersedia bila-bila masa untuk bertindak dalam isu-isu sensitif hubungan Malaysia-Indonesia.

Siapakah di belakang penunjuk-penunjuk perasaan ini? Kerajaan asing atau orang politik Malaysia, tidak dapat dipastikan tetapi yang sudah pasti ialah cukup mudah untuk mengumpul orang mengadakan tunjuk perasaan di Indonesia kerana ramai penganggur di negara itu. Beri sahaja sebungkus nasi dan sebotol air maka mereka akan membuat apa sahaja. Mereka adalah penunjuk perasaan profesional.

Sementara media Malaysia memperkecil berita-berita yang boleh menimbulkan salah faham antara kedua negara atau mengeruhkan lagi hubungan, media Indonesia memanaskannya seolah-olah tidak senang dengan kedamaian hubungan kedua negara.

Satu SMS yang baru diterima daripada seorang kawan di Jakarta menyatakan: "Nampaknya semakin hari semakin buruk media massa di seluruh Indonesia mengutuk, mencaci, menghina dan mengancam Malaysia. Mereka sudah tidak peduli lagi dengan persefahaman media antara dua negara.

“Apa yang mereka siarkan adalah untuk memanaskan situasi dan membenci negara kita. Media mereka menyiarkan pembohongan besar kepada rakyat Indonesia. Bukan nelayan kita yang mencuri ikan, sebaliknya mereka yang menceroboh perairan kita ganggu nelayan kita.”

Sesungguhnya rakyat Malaysia mempunyai sebab yang lebih besar untuk mengadakan tunjuk perasaan. Dari semasa ke semasa mereka dirompak disamun dan dibunuh, anak isteri mereka dirogol atau dicedera parahkan oleh orang Indonesia.

Orang Malaysia sangat tinggi toleransi mereka sehingga sekarang ini kejadian itu telah diterima sebagai suatu keharusan demi melanjutkan pembangunan negara yang memerlukan tenaga asing.

:Apa yang harus dilakukan oleh Kedutaan Indonesia di Malaysia ialah meminta media Indonesia menyebarkan juga berita-berita tentang kejahatan orang Indonesia melakukan rompakan, menyamun, menyeludup, mengedar dadah di Malaysia dan juga berita tentang hukuman berat yang telah dikenakan ke atas mereka.

Perbuatan orang-orang Indonesia ini telah menjatuhkan maruah bangsa Indonesia dan mencemarkan nama negara itu. Mereka juga telah menyebabkan pandangan serong rakyat Malaysia terhadap orang Indonesia yang kebanyakannya datang ke Malaysia untuk mencari rezeki secara halal.

Bahawa orang-orang jahat Indonesia ini telah ditembak mati oleh Pasukan Keselamatan Malaysia dari semasa ke semasa sewajarnya disiarkan secara besar-besaran oleh media Indonesia untuk menakutkan mereka yang hendak ke Malaysia dengan tujuan jahat.

Tunjuk perasaan tidak akan menebus maruah bangsa Indonesia selagi ramai orang Indonesia yang hidup atas kemakmuran Malaysia, termasuk menjadi perompak, penyeludup, pengedar dadah, penculik dan sebagainya.

Berasaskan kepada perkembangan yang berlaku sejak kedatangan besar-besaran tenaga kerja Indonesia ke Malaysia, sewajarnya orang Melayu Malaysia keluar dari sentimen sedarah sedaging, sebaliknya menjadi realis dan pragmatik untuk menerima hakikat pertukaran budaya antara kaum yang telah berlaku dalam masyarakat Malaya dan Malaysia telah membolehkan kita hidup dalam keadaan harmoni dan hormat-menghormati melampaui batas budaya, agama dan bangsa. 
sumber: www.detikdaily.net

Monday, July 26, 2010

Photobucket
Pelacur,Anjing Dan Kehidupan . . .

Posted on Saturday, July 24 @ 19:54:27 PDT by tokdalang
Oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DALAM SATU hadis, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).


Saya merenung panjang setiap kali mengingati hadis ini. Betapa luasnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Betapa luas peluang yang diberikan untuk setiap insan mendapat keampunanNya, yang lantas akan memasuki syurga yang tidak tergambar keindahan dan segala kurnia yang ada dalamnya.
Betapa Allah itu Pengasih, kadang-kala dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk diberikan keampunan yang besar. Namun rahmat Tuhan itu selalu kelihatan hambar disebabkan lidah-lidah sesetengah mereka yang mengaku diri mewakili Tuhan untuk berbicara tentang agamanya. Mereka ini kadang kala yang memakai bahasa, baju dan gelaran agama, seakan mewakili Tuhan dan Nabi.
Malangnya, mereka tidak membawa misi rahmat seperti yang diajar oleh Alah kepada NabiNya s.a.w Mereka itu selalu mengambarkan Allah penuh dengan sifat keras, tanpa ihsan dan kasihan, hanya tahu menghukum dan melaknat. Di manakah keindahan rahmat Allah seperti yang digambarkan dalam hadis di atas?
Di manakah imbangan yang terkandung dalam firman Allah: “Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, Dan bahawa azabKu, adalah azab yang tidak terperi sakitnya” (Surah al-Hijr 49-50)
HINA DAN MULIA
Perkataan yang digunakan dalam hadis tentang perempuan tersebut ialah mumisah iaitu perempuan yang terkenal dengan perbuatan zina, seperti perempuan lacur. Perempuan seperti itu sentiasa buruk pada nilaian mana-mana masyarakat pun. Ada pun anjing, merupakan binatang yang dianggap hina dalam kebanyakan masyarakat.
Perumpamaan ‘engkau bagaikan anjing’ adalah ungkapan buruk dalam berbagai bangsa dan budaya. Namun, seorang wanita penzina mendapat keampunan Allah S.W.T disebabkan seekor anjing. Siapalah pelacur atau penzina di mata manusia, dan apalah yang ada pada seekor anjing pada penilaian manusia?
Namun, air yang diberikan oleh pelacur atau penzina kepada anjing menyebabkan dia mendapat rahmat dan keampunan. Apatah lagi jika seorang yang baik memberikan bantuan kemanusiaan kepada sesama insan.
APAKAH SYURGA ITU MURAH?
Kita mungkin tertanya-tanya: alangkah murahnya syurga, dosa yang besar seperti kegemaran berzina dapat dipadamkan dengan beberapa teguk air yang diberikan kepada anjing. Apakah ini bererti jika seseorang itu perasuah atau penzalim besar maka dia akan diampunkan dengan membuat jamuan rakyat atau dengan memberikan beberapa hidangan yang dihantar ke masjid?
Sudah pasti tidak demikian! Jika itulah tafsirannya, hadis ini akan menjadi lesen manusia berbuat berbagai kesalahan, lalu dia diampunkan dengan sedikit bantuan dan sedekah yang dihulurkan. Tidak begitu!Perkara yang utama yang menentukan nilai dan harga setiap amalan adalah apa yang terkandung dalam jiwa atau jantung hati pengamalnya.
Inilah perkara paling sukar hendaklah dicapai dan dijaga. Keikhlasan dan kejujuran. Ia tersimpan dalam jantung hati insan. Allah mengetahuinya. Tiada ruang berpura-pura dalam jiwa. Ia melahirkan diri yang insaf dan tawaduk kepada Allah.
Amalan yang sama mempunyai nilai berbeza di sisi Allah disebabkan berbezanya keikhlasan dan kekusyukan jiwa pengamal-pengamalnya. Nilai solat dua rakaat setiap kita, mungkin tidak sama di sisi Allah berdasarkan kekusyukan pengamalnya. Bahkan solat dua rakaat yang seseorang itu lakukan dari semasa ke semasa juga tidak sama di sisi Allah disebabkan perbezaan keikhlasan dan kekusyukan ketika mengamalkannya.
Maka dua orang yang berada dalam saf solat yang sama, belum tentu mendapat ganjaran yang sama. Boleh jadi beza antara mereka bagaikan langit dan bumi. Demikianlah amalan baik sesama manusia atau terhadap haiwan dan alam, Allah mengetahui hakikat yang tersimpan dalam jantung hati setiap yang melakukan amalan itu.
Perbuatan mungkin kelihatan sama, namun nilai kejujuran dan penyerahan jiwa kepada Allah, tidak semestinya sama. Menderma, berbudi bahasa, tolong menolong dan seumpamanya adalah amalan yang baik pada zahirnya. Nilaian di sisi Allah pada keikhlasan dan keinsafan diri pengamalnya.
Sebab setiap pembuat kebaikan itu tidaklah semestinya sama dengan kadar kejujuran yang ada dalam jiwa mereka.
BANYAK DAN SEDIKIT
Bahkan kadang-kala mungkin ada amalan yang sedikit tapi nilaiannya lebih besar dari amalan yang banyak. Ini disebabkan apa yang terkandung dalam jiwa pengamalnya. Seorang miskin yang menderma RM10, mungkin akan mendapat ganjaran yang lebih daripada seorang kaya yang menderma RM1,000.
Sekalipun nilainya cuma RM10, tetapi itulah kadar yang dia termampu. Kadar itu pula besar bagi dirinya yang hanya bergaji RM10 atau RM15 sehari. Dia mengeluarkan RM10 dengan penuh erti sekalipun mungkin lekeh bagi orang lain. Dia keluarkannya dengan penuh ikhlas dan insaf terhadap kurniaan Allah.
Sudah pasti derma seperti itu berbeza di sisi Allah dibandingkan derma RM1,000 yang dikeluarkan oleh seorang berharta dengan kesombongan, atau kurang keikhlasan, atau ada tujuan tertentu; tanpa rasa insaf dan mengharapkan keredhaan dan ganjaran Allah. Sekalipun RM10 lebih kecil, tetapi ia lebih bernilai di sisi Allah.
Namun, jika kadar yang besar dikeluarkan dengan jiwa yang luhur, pastilah ganjarannya pun lebih.
TIDAK SAMPAI AJARAN
Demikian juga pelacur tadi, perbuatannya mungkin nampak ringkas iaitu memberi minum kepada seekor anjing, namun mungkin jiwanya penuh dengan keinsafan dan mengharapkan kurniaan Tuhan kepadanya atas perbuatan baiknya itu, maka dia pun diampun, dan dibuka jalan kebaikan.
Mungkin juga perbuatan lacur yang dilakukan selama ini kerana keadaan yang memaksanya atau kehidupan yang mendesaknya atau suasana yang mengheretnya begitu. Allah tahu tentang dirinya, Allah tahu tentang nilai-nilai luhur yang ada dalam jiwanya.
Memberi minum kepada anjing yang kehausan itu satu bukti dari nilai baik dalam dirinya itu. Allah ampuninya. Demikian Allah akan ampuni hamba-hambaNya yang baik yang berada dalam suasana yang sama. Berapa ramai orang bukan muslim yang sangat baik kepada masyarakat manusia, haiwan dan tumbuhan-tumbuhan.
Malangnya, umat Islam atas kelemahan dan kegagalan menjadi contoh yang baik menyebabkan Islam tidak sampai kepada mereka dengan cara yang sebenar lagi meyakinkan. Saya percaya Allah akan mengampuni mereka, sekalipun ada kelemahan pada diri mereka.
Namun, kebaikan yang mereka tunjukkan, yang dilakukan dengan jiwa yang luhur, ada nilai di sisi Allah. Apatah lagi menyebut: “Kami tidak akan mengazab, sehinggalah Kami mengutuskan rasul” (Surah al-Isra; ayat 15). Maksudnya, sehingga ajaran rasul atau utusan Allah itu sampai kepada seseorang, barulah dia dikira bersalah jika enggan mengikutnya.
Ajaran Islam yang sebenar gagal disampaikan kepada kebanyakan masyarakat manusia di dunia ini. Selain media Barat yang memburukkan wajah Islam, umat Islam sendiri pun tidak berdakwah dan gagal menjadi contoh yang baik. Ramai manusia hidup atas nilai-nilai kebaikan yang ada dalam jiwa mereka tanpa berpeluang menikmati tauhid yang benar.
Semoga Allah mengampuni mereka. Bahkan mungkin mereka lebih mendapati keampunan Allah, dibandingkan kita yang mengetahui ajaran para rasul, tetapi gagal menanamkan nilai-nilai luhur dan jujur dalam jiwa kita.
INSAFI DIRI
Hadis ini juga mengingatkan kita agar jangan memandang hina kepada orang lain. Ya, perbuatan yang salah memang dihukum salah, dosa tetap dosa. Namun, kedudukan pelakunya di sisi Allah, hanya Allah Yang Maha Tahu. Mungkin satu hari nanti mereka mendapat keampunan melebihi orang lain. Ini semua kerana keikhlasan dan keinsafan jiwa setiap insan tidaklah sama.
Mungkin seseorang kelihatan baik kerana lahir dalam suasana yang baik. Seseorang lain mungkin menjadi jahat kerana keadaan hidup yang melingkunginya. Namun, jika dalam jantung hatinya wujud keikhlasan, kejujuran dan keinsafan diri, dia akan menemui jalan keampunan Tuhan Yang Maha Adil Lagi Penyayang.
Semoga kita semua tawaduk serta insaf terhadap kelemahan diri sendiri dan kelebihan yang mungkin dimiliki oleh orang lain, sehingga dia mungkin disayangi Allah lebih daripada kita! Dengan keinsafan dan perasaan tawaduk itu, diharapkan kita juga mendapat keampunan Allah!
Sumber:Detikdaily.net