Photobucket

kulaan

Saturday, August 3, 2013

(Petua)TIPS Awal Sebelum Bertudung Laboh

Photobucket


1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.


3) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha

Thursday, July 25, 2013

Photobucket
Tekanan Darah Tinggi (Hypertension)

Pengenalan

Penyakit darah tinggi merupakan penyebab utama berlakunya strok atau angin ahmar

Saluran darah dalam tubuh terbahagi dua. Saluran darah di mana darah mengalir keluar dari jantung ke seluruh organ dan anggota badan dikenali sebagai arteri. Ia tebal dan anjal kerana diselaputi otot dan mampu menanggung tekanan darah yang tinggi dari jantung

Darah yang kembali ke jantung dari organ dan anggota badan mengalir dalam saluran darah yang dikenali sebagai vena. Darah yang mengalir dalam vena mempunyai tekanan darah rendah

Tekanan darah rendah yang dimaksudkan dalam penyakit darah tinggi ialah tekanan darah dalam arteri-arteri utama yang keluar dari jantung

Secara umum, tekanan darah aras tinggi (sistolik) kurang dari 130m Hg dan tekanan darah aras rendah (diastolik) kurang dari 85m Hg dianggap sebagai tekanan darah normal

Paras normal menjadi tinggi sedikit ketika usia meningkat. Ini kerana

Tuesday, July 9, 2013

Photobucket

Kencing Manis

Tanda:
Sering buang air seni malam hari, cepat haus dan lapar, cepat lelah dan ngantuk, telapak tangan & kaki kesemutan, penglihatan kabur, jika luka sukar sembuh, syahwat menurun. Kulit di bawah kuku menghitam.
Titik Bekam:


Sunday, July 7, 2013

Wirid,Aurad dan Warid

Photobucket
SESUNGGUHNYA WIRID MENDATANGKAN KEPADA KAMU WARID SUPAYA KAMU MENDEKAT DAN MASUK KE HADRAT ALLAH S.W.T. 
WIRID MENDATANGKAN KEPADA KAMU WARID SUPAYA KAMU TERSELAMAT DARI KEKUASAAN DEBU-DEBU DUNIA DAN SUPAYA KAMU MERDEKA DARI PERBUDAKAN MATA BENDA DAN SYAHWAT KEDUNIAAN. 
WIRID MENDATANGKAN KEPADA KAMU WARID SUPAYA KAMU BEBAS DARI PENJARA WUJUD KAMU DAN MASUK KEPADA SYUHUD (PENYAKSIAN). 
            Tidak mungkin bayi suci yang lahir dalam hati dapat dipelihara dan dilindungi dengan kekuatan dan kepandaian seseorang manusia itu. Manusia berhajat kepada Allah s.w.t untuk memelihara dan melindunginya. Hanya kurniaan Allah s.w.t yang mendatangi hati seseorang hamba itu yang mampu menjadi tentera menjaga khazanah kebaikan yang ada dalam hati. Kurniaan Allah s.w.t itu hanya menetap jika suasana hati sesuai untuknya. Allah s.w.t berkuasa mencabut semula apa juga kurniaan-Nya kepada hamba-Nya. Kesalihan telah dicabut daripada Azazil sehingga dia menjadi iblis. Kesalihan juga telah dicabut daripada Bal’am bin Ba’ura sehingga dia hidup di hutan seperti haiwan. Sesiapa yang menyangka kebaikan dan kelebihan yang ada padanya sebagai hak mutlaknya, lupa dia kepada kurniaan Allah s.w.t dan kekuasaan-Nya, sesungguhnya orang itu menanti masa untuk menerima kemurkaan Allah s.w.t. Sekiranya Allah s.w.t mengasihani seseorang hamba itu Dia akan meletakkan sesuatu kelemahan pada hamba tersebut. Kelemahan itu sentiasa membayanginya untuk memperingatkannya tentang tarafnya sebagai hamba Tuhan yang sentiasa berhajat kepada-Nya. Nabi Muhammad s.a.w dihadapkan dengan kelemahan dalam membuat bapa saudara baginda s.a.w, Abu Talib, mengucapkan dua kalimah syahadah. Nabi Nuh a.s dihadapkan dengan kelemahan dalam memujuk isteri dan anak supaya ikut menaiki kapalnya. Orang kaya dihadapkan dengan penyakit yang hartanya tidak mampu mengubatinya. Orang yang diberi kebolehan dihadapkan dengan kelemahan mendapatkan sesuatu yang sangat diingininya. Setiap orang berdiri dengan kelemahan yang tidak mungkin dia mengatasinya, kecuali dengan izin Allah s.w.t. Hal yang demikian menjadi rahmat yang memelihara kehambaan pada

Friday, July 5, 2013

Bolehkah Roh Kembali Ke Dunia Nyata..

Photobucket
Seorang pesakit kesejukan sebelum diruqyah..Bila ditanya dari mana x nak jawab..pesakit ni trus kesejukan..menggigil macam dok dalam ais..Den soh kuar guno serban..tak yo nak kuar..Den baca ruqyah...al-fatehah,ayat kursi dan selawat tafrijiah..mohon pd Allah supaya dipermudahkan urusan...menangis pulok dah..den tanya..pehal kau ni..kau ni sapo...aku bini abang bxxxx kata pesakit...(isteri abang bxxxx dah meningga 1 bulan yg lalu..boto ko roh arwah yg ada dlm badan pesakit nih..)...makin lama makin kuat plak dia nangis.. den kata kat dia..kan kau da mati sebulan yg lalu.buat apa kau datang nih..makin kuat plak dia meranung..aku x diterima bumiiiiii..aku banyak dosa kt abang bxxxx......aku minta ampuuuun..huhu kata pesakit sambil nangis...
Den kata minta ampun hanya pd Allah..pd manusia minta mahap...tak yo paham kamprit ni..meraung dan minta ampun kt abg bxxxx...den dah habih iktiar..den kol abang bxxxx...den kata ni ha bini kau nak bercakap..tekojot beruk abang bxxxx....den letakan tipon kt telinga pesakit...pesakit kata..

Friday, June 21, 2013

Photobucket

18 sebab jin merasuk manusia

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.

2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah

3. Meninggikan suara dalam bilik air

4. Menangis dan merintih sebelum tidur

5. Membuang air panas ke dalam bilik air

6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah

7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan

8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan

9. Selalu bertengkar suami isteri

Tuesday, June 4, 2013

Photobucket








CARA URUTAN ZAKAR:
AMALKAN SELALU SETIAP HARI PAGI DAN MALAM. SAPU DAN BUAT URUTAN SEPERTI GAMBARAJAH DI BAWAH :

Amalkan peraturan ini dengan Yakin dan Betul.Sila ikut peraturan ini dengan perlahan-lahan:
Di samping mengurut teruskan berselawat ke atas nabi sebanyak mungkin dan niatkan usaha yang dilakukan adalah semata2 utk memohon kesembuhan drpd Allah SWT.
cerita-cerita seks, jantan hebat in the making, jantan hebat, lelaki, ingin berkenalan, utusan lelaki, lelaki online, utusan, cerita seks, uitm seks, zakar, tahan lama, zakar kuat, jaga zakar,  urut zakar, gambar zakar, hisap zakar, zakar besar, zakar hebat

1. Urut dari pangkal hingga ke kepala zakar sisi kanan dan kiri. Tahan kulit di bahagian pangkal zakar sekiranya kulit zakar anda berkedut atau kendur. Lakukan 5 kali urut sekali genggaman.
.
urut zakar 2 cerita-cerita seks, jantan hebat in the making, jantan hebat, lelaki, ingin berkenalan, utusan lelaki, lelaki online, utusan, cerita seks, uitm seks, zakar, tahan lama, zakar kuat, jaga zakar,  urut zakar, gambar zakar, hisap zakar, zakar besar, zakar hebat
2. Urut dari pangkal lubang dubur hingga ke pangkal buah zakar. Ulang 7 kali.
urut zakar 3,cerita-cerita seks, jantan hebat in the making, jantan hebat, lelaki, ingin berkenalan, utusan lelaki, lelaki online, utusan, cerita seks, uitm seks, zakar, tahan lama, zakar kuat, jaga zakar,  urut zakar, gambar zakar, hisap zakar, zakar besar, zakar hebat
3. Tekan di dua bahagian lubang cincin dengan dua jari perlahan-lahan. Ulang 11 kali.

urut zakar 4,cerita-cerita seks, jantan hebat in the making, jantan hebat, lelaki, ingin berkenalan, utusan lelaki, lelaki online, utusan, cerita seks, uitm seks, zakar, tahan lama, zakar kuat, jaga zakar,  urut zakar, gambar zakar, hisap zakar, zakar besar, zakar hebat
4. Urut di celah kelengkang hingga separuh peha dan seterusnya ke lutut. Ulang 21 kali.
urut zakar 5,cerita-cerita seks, jantan hebat in the making, jantan hebat, lelaki, ingin berkenalan, utusan lelaki, lelaki online, utusan, cerita seks, uitm seks, zakar, tahan lama, zakar kuat, jaga zakar,  urut zakar, gambar zakar, hisap zakar, zakar besar, zakar hebat
5. Susur di pangkal zakar dan unit keluar kiri dan kanan atas dan bawah.Buat 7 kali.
urut zakar 6,cerita-cerita seks, jantan hebat in the making, jantan hebat, lelaki, ingin berkenalan, utusan lelaki, lelaki online, utusan, cerita seks, uitm seks, zakar, tahan lama, zakar kuat, jaga zakar,  urut zakar, gambar zakar, hisap zakar, zakar besar, zakar hebat
6. Tangan kanan memegang zakar melalui bawah peha kanan, luruskan kaki sedikit demi sedikit sebanyak 7 kali.

Copy paste dr ;koleksiminyakurut.blogspot.com

Thursday, May 23, 2013

Photobucket

PETUNJUK GANGGUAN JIN



A. TANDA-TANDA KETIKA JAGA
· Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.
· Suara berubah ketika marah.
· Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan adakala ia
mengigit lidahnya.
· Berjalan terhoyong-hayang.
· Cara makannya menjijikkan.
· Berpaling daripada membaca Al -Quran,tidak memerhati maksud-maksudnya, tidak
berzikir dan tidak bersolat.Apabila ia hendak membaca Al Quran,berzikir atau
bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.
· Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za' faran
· Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)
· Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.
· Kelupaan atau sakit kep'ala ketika solat.
· Tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu.
· Malas dan lemah badan (tanpa sebab).
· Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak-gerak.
· Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.
· Selalu bermimpi.
· Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan dan
bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati
ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.
· Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.

Thursday, April 18, 2013

Suara azan yang tersangat kuat sehingga menyakitkan telinga adalah bukan dari ajaran Islam

Photobucket


بسم الله


Nota aku ini adalah himpunan komen-komen aku dalam wall FB aku dengan tajuk yang sama seperti tajuk di atas dengan edit dan tambahan.


Sila baca.


MUQADDIMAH

Memulaskan volume suara azan sehingga tersangat kuat adalah perbuatan orang jahat yang merosakkan agama Islam dari dalam sedangkan mereka sangka mereka sudah melakukan amalan yang baik.

Terdapat petugas masjid yang jahil yang menghalakan suara azan yang sangat kuat itu ke dalam ruang dalam masjid sehingga menyakitkan telinga orang yang normal. Menyakiti hati orang-orang mukmin yang berada di masjid dan di luar masjid adalah berdosa.

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا


Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.

(Al-Ahzab 33 : 58)

Terdapat juga petugas masjid yang jahat dan tidak berhati perut yang menghalakan pembesar suara tepat ke arah jiran sebelah masjid kemudian menguatkan dengan sangat kuat volume pembesar suara itu lantas melaungkan azan, ini adalah suatu perbuatan dosa kerana menyakitkan jiran-jiran lebih-lebih lagi jiran itu beragama Islam dan juga suatu dosa serta bid'ah kerana berlebih-lebihan dalam melakukan ibadah azan.

Kalau orang yang jahil lagi jahat budinya diberi amanah urusan masjid maka bermacam-macam kerosakan akan muncul dalam masyarakat ini.



BELAJARLAH DARI SEJARAH

Islam telah berkembang ke seluruh dunia selama lebih dari satu ribu tahun dengan cara yang tabi'i dengan tanpa pembesar suara. Ibadah azan telah dimulakan di Madinah dengan suara yang asli tanpa pembesar suara dan ingatlah Islam pada masa itu adalah Islam yang terbaik, generasi Islam pada masa itu adalah generasi Islam yang terbaik. Tetapi terdapat orang yang mengaku Islam pada zaman ini merasa lebih pandai dan lebih baik dari generasi pertama Islam itu lantas tidak merasa redha sunnah Nabi s.a.w.



BERLEBIH-LEBIHAN DALAM BERIBADAT TANPA HAQ

Berlebih-lebihan dalam volume pembesar suara di masjid adalah haram dan berdosa bagi sesiapa yang melakukannya, tidak ada kebaikan untuk mereka.

Begitu juga menyakitkan hati jiran dengan volume pembesar suara yang melampau itu adalah haram dan berdosa, pelakunya telah berbuat dosa dan permusuhan dan patut dita'zir.

Kita kena tunjukkan marah kita kepada maksiat dan bid'ah yang tersangat melampau itu. Bid'ah dan maksiat mereka itu bukan hanya tertumpu kepada pelaku bid'ah dan maksiat itu sahaja, tapi ia telah melibatkan semua orang dalam masyarakat sekitar.

Benci dalam hati terhadap bid'ah dan maksiat walaupun ia baik, namun ia adalah selemah-lemah iman.



QAEDAH BERAMAL

Azan adalah suatu ibadah khususiyyah dengan lafaz-lafaz yang tertentu dan dengan tatacara tertentu dan dengan masa yang tertentu dan orang yang tertentu yang melakukannya dan dengan pantang larang tertentu. Sesiapa yang belajar usul al-fiqh, dia akan bertemu dengan kaedah seperti berikut :

"Asal ibadah itu adalah haram melainkan didatangkan dalil yang menunjukkan kehalalannya".

Dengan lain perkataan, suatu ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah haram dilakukan melainkan ada dalil yang sahih dari Al-Quran dan As-Sunnah, sekiranya tiada dalil maka tidak boleh mengamalkannya.

Azan bukannya urusan dunia. Sedangkan urusan dunia ulamak telah terangkan kaedahnya seperti berikut :

"Asal dalam urusan dunia adalah harus melainkan ada dalil yang menunjukkan keharamannya"

Ulamak-ulamak Ahlus-Sunnah telah menjelaskan banyak amalan-amalan yang ditempekkan atau dengan lain perkataan ditambah kepada azan samada sebelumnya atau semasanya atau selepasnya. Sekiranya ada izin Allah aku akan perjelaskan perkara ini di lain tempat, insyaAllah.

Oleh itu walaupun azan itu adalah suatu syiar Islam yang utama, namun azan tertakluk kepada qaedah-qaedah yang telah ditetapkan oleh syarak. Tidak boleh melakukan sesuka hati terhadap azan. Mentang-mentanglah ia azan maka ada yang jahil merasakan mereka boleh berbuat sesuka hati terhadapnya, ini adalah suatu sikap yang salah.

Sebenarnya isu penyalahgunaan pembesar suara oleh masjid ini adalah lebih luas dari hanya pada azan sahaja. Ia meliputi bacaan Al-Quran dan nasyid dan tarhim sebelum azan, bacaan zikir-zikir selepas solat dan juga kuliah-kuliah pengajian dan juga majlis tadarrus Al-Quran. Sebelum ini sejak dua tahun dulu aku sudah tulis artikel berkenaan isu ini, berikut linknya :

http://al-aminj.blogspot.com/2008/09/n45-ulamak-mutabar-tentang-gangguan.html



PENOLONG BID'AH

Nampaknya pelaku jinayah penyalahgunaan pembesar suara itu mempunyai ramai penyokong terdiri dari orang jahil-jahil dan para imam dan ustaz-ustaz. Ada di antara mereka yang sanggup menunjukkan kebodohan diri sendiri dengan menunjuk perasaan di kawasan masjid dengan menjerit-jerit macam orang gila. Parti-parti politik tertentu pun tumpang sekaki.



SEJARAH, TEKNOLOGI DAN BATAS-BATAS SYARA'

Azan adalah suatu ibadah khususiyyah yang tidak halal diamalkan melainkan dengan peraturan syara' yang tertentu ya'ni dengan lafaz-lafaz yang tertentu dan dengan tatacara tertentu dan dengan masa yang tertentu dan orang yang tertentu yang melakukannya dan dengan pantang larang tertentu

Azan asalnya sejak lebih satu ribu tahun dulu dilaungkan hanya dengan suara yang asli dengan muazzin berada di tempat yang tertentu di masjid. Dengan laungan suara yang asli tanpa bantuan apa-apa alat pembesar suara elektronik, telah berjaya menarik muslimin ke masjid untuk solat berjama'ah sehingga penuh masjid, begitulah yang terjadi sejak awal Islam, hal ini tidak pernah menjadi masalah kepada kaum muslimin dan kepada agama Islam itu.

Kemudian apabila datang teknologi baru dengan adanya alat pembesar suara elektronik, ummat Islam mula menggunakan alat tersebut untuk laungan azan supaya suara azan itu dapat pergi lebih jauh. Nampaknya tidak ada ulamak yang membantah penggunaan teknologi moden ini. Namun ada pendapat yang mengatakan lebih afdhal azan tanpa pembesar suara kerana semata-mata untuk ikut sunnah; dan perintah Nabi s.a.w. kepada muslimin untuk hadir ke masjid untuk solat berjama'ah hanya bagi mereka yang mendengar suara azan yang asli sahaja.

Penggunaan teknologi pembesar suara elektronik ini nampaknya telah diterima dengan baik di seluruh dunia Islam melainkan di segelintir tempat yang tetap mahu ikut sunnah Nabi s.a.w. seperti yang diamalkan dimasa Nabi s.a.w. itu.

Adalah difahami pada zaman moden ini terdapat beberapa sumber bising yang tidak dapat dielakkan seperti bising elektronik (electronic noise) dan bising dari jentera motor. Bising-bising seperti ini (dengan syarat tidak terlampau bising) akan menghadkan pencapaian suara azan secara tabi'i, oleh itu adalah wajar digunakan pembesar suara untuk meng-offset-kan bising-bising yang disebut tadi. Volume pembesar suara ini hendaklah dikawal dengan sempurna.

Namun penggunaan teknologi ini walaupun telah diterima dengan baik, ia tetap tidak terlepas dari adab-adab dan akhlaq Islam yang khusus dan umum. Perkara inilah yang telah banyak dilanggar oleh sebahagian ummat Islam dalam ghairah kononnya untuk menyebarkan syiar Islam, sedangkan tanpa sedar mereka telah merosakkan imej Islam itu sendiri serta telah melakukan zalim dan aniaya kepada ummat Islam khasnya dan kepada ummat manusia umumnya.

Perkara perlanggaran adab dan akhlaq inilah yang aku timbulkan semoga orang-orang yang beriman ambil peringatan dan ber-awas.

Isu yang aku timbulkan adalah isu kemanusiaan itu sendiri yang mana telah berlaku perlanggaran hak asasi kemanusiaan. Hak-hak jiran wajib diperhatikan dengan saksama supaya tidak ada perlanggaran hak mereka atas nama Islam secara salah.

Menggunakan sebab amalan azan yang suci dan mulia untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka terhadap azan itu sehingga setiap bantahan terhadap perbuatan mereka itu dianggap sebagai telah membantah Islam dan membantah Nabi s.a.w. dan membantah Allah. Ini adalah suatu kekasaran hatibudi dan kejahilan terhadap akhlaq Islam.



DUA ISU BESAR

Ada dua isu besar di sini :

Isu Pertama

Menguatkan volume suara azan dengan sangat kuat di dalam masjid terutamanya di dalam dewan utama solat sehingga menyakitkan telinga orang-orang yang berada di dalamnya. Apakah perlu diperkuatkan dengan sangat kuat volume pembesar suara itu? Jawapannya adalah tidak perlu. Tujuan azan ialah untuk meberitahu ummat islam di sekitar masjid bahawa telah masuk waktu solat dan supaya muslimin mendatangi masjid untuk menunaikan solat fardhu secara berjama'ah. Bagi yang telah berada di masjid terutamanya yang sudah sedia berada di dalam dewan utama solat memadailah suara azan melalui pembesar suara yang minima diperdengarkan, sangat tidak manasabah orang-orang yang berada di situ dipaksa-paksa dengar suara yang teramat kuat dari pembesar suara itu. Sangatlah tidak manasabah. Ataupun suara azan di dalam dewan utama solat masjid tidak perlu langsung guna pembesar suara.


Isu Kedua

Menghalakan alat pembesar suara ke premis jiran sebelah masjid dan memulas volume suaranya dengan sangat kuat. Menyakiti telinga jiran terutamanya jiran yang beragama Islam dengan cara ini adalah haram hukumnya.

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا

Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.

(Al-Ahzab 33 : 58)

Tidak pernah Bilal Bin Robah dan Abdullah Bin Ummi Maktum menyakiti hati jiran masjid seperti ini kerana mereka menggunakan suara yang asli sahaja. Tidak perlulah jiran sebelah masjid dipaksa-paksa dengan suara yang teramat kuat, memadailah mereka mendengar dengan suara yang perlahan sahaja. Di dalam premis itu munkin ada orang yang sakit yang memerlukan rehat, bunyi yang teramat kuat itu sudah tentu menyusahkan mereka.

Perhatikanlah wahai orang ada akal, bukannya kami membantah azan itu, yang kami engkar dan kufurkan ialah perbuatan berlebihan-lebihan yang melampau dalam melaungkan azan itu sehingga menyakitkan orang-orang yang berada di dalam masjid terutamanya di dalam dewan utama solat dan juga jiran masjid yang terdekat bersebelahan.



AZAN BID'AH DAN SYAITAN

Memang benar apabila azan dilaungkan maka syaitan akan lari. Yang syaitan lari itu ialah apabila mereka mendengar azan yang sunnah tanpa bid'ah. Sekiranya azan itu disertakan dengan bid'ah dan dosa permusuhan maka syaitan tidak akan lari malah akan gembira kerana ada calon untuk sama ke neraka bersamanya. Wallahu a'lam.

Pesanan aku kepada mereka yang telah keliru itu dalam isu azan ini, supaya bertaubat dan latihlah hati itu supaya lembut dan bersikap belas ihsan kepada orang lain.



PENGALAMANKU

Di rumah aku, aku boleh dengar suara dari tiga buah masjid, sebuah di Kuala Lumpur dan dua buah di Selangor, malah aku boleh dengar suara dari masjid keempat yang terletak lebih jauh dari ketiga-tiga masjid itu. Adakalanya azan di masjid di Selangor lambat kira-kira dari sepuluh minit, sedangkan orang di Kuala Lumput sedang bersolat. Apakah patut azan di ketiga-tiga masjid itu terlampau sangat kuat dan tidak serentak. Sudah tentu tidak patut. Muazzin yang lambat lebih dari sepuluh minit itu, sepatutnya guna akal supaya tidak menggunakan pembesar suara seperti itu.

Itu baru perkara azan, belum lagi aku kisahkan suara penceramah kuliah-kuliah selepas maghrib dan selepas subuh yang dilontarkan dengan cara biadap yang memaksa semua orang mendengarnya. Mereka itu orang yang sangat jahil dalam ilmu kemanusiaan dan dakwah. Jiran-jiran di sekitar masjid itu yang dipaksadengar kuliah itu mempunyai berbagai hal dan masalah di rumah mereka, ada yang sakit, ada yang sedang solat, ada yang sedang berzikir dan ada yang sedang mengulangkaji pelajaran. Puak-puak jahat hatibudi itu bukannya pedulikan itu semua, yang mereka pentingkan ialah syok sendiri dengan suara penceramah kegemaran mereka didengari oleh seluruh orang di sekitar masjid, mereka itu adalah jahat lagi kejam. Mereka itu patut di TAHZIR dan di TA'ZIR atas jinayah yang mereka lakukan itu.

Pernah berlaku sedang aku solat Maghrib berjama'ah di surau NurulMuttaqin tiba-tiba kedengaran suara azan yang kuat dari arah Masjid Salahuddin atau dari Surau Flat Sri Tioman yang jaraknya kira-kira 500m hingga 600m. Ini berlaku kira-kira lapan hingga sepuluh minit setelah masuk waktu maghrib. Apakejadahnya nak paksa orang yang sedang bersolat jama'ah dengar azan itu? Muazzin yang lambat tu hendaklah sedar diri, dia itu sudah lambat, perlahankanlah volume pembesar suara itu, ini tak, dipaksanya juga orang yang sedang solat berjama'ah dengar suaranya.

Pernah juga berlaku suara dari masjid yang lebih jauh dari tiga buah masjid yang aku sebutkan di atas itu kedengaran oleh aku, iaitu dari Masjid Simpang Tiga, Gombak, Selangor yang mengumumkan kematian ahli kariah, diumumnya nama si mati, alamat rumah si mati dan masa dan tempat untuk dikebumikan. Pengumuman ini biasanya dibuat selepas solat subuh. Perbuatan mengumumkan kematian seperti ini dianggap haram oleh sebahagian ulamak atas alasan meratapi kematian.

Sekarang ni aku cuak hendak beri derma kepada masjid, mengenangkan berbagai bid'ah dan jinayah yang pengurusan masjid lakukan yang tidak mampu aku cegah secara berdepan semuanya. Kalau masjid minta derma untuk renovation, kemunkinan satu sen pun aku tidak beri adalah tinggi.

Masjid India Kuala Lumpur yang aku selalu solat di dalamnya pun aku tahan duit aku untuk projek pengubahsuaiannya. Tengoklah entah apa-apa tambahan pada masjid itu dibuatnya dengan tambahan yang tidak perlu dan ada antaranya tambahan yang mengganggu Nabi s.a.w. kerana menghiaskan dinding masjid pada arah qiblat di hadapan dengan hiasan awanlarat yang melalaikan orang yang sedang solat. Sila baca hadis sahih berikut untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kesalahan itu.


Hadis Pertama

عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ قِرَامٌ لِعَائِشَةَ قَدْ سَتَرَتْ بِهِ جَانِبَ بَيْتِهَا فَقَالَ لَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ آلِهِ وَ سَلَّمَ : أَمِيْطِيْ عَنِّيْ قِرَامَكِ هَذَا. فَإِنَّهُ لَا تَزَالُ تَصَاوِيْرُهُ تَعْرِضُ لِيْ فِيْ صَلَاتِيْ

Dari Anas katanya : Adalah tabir milik 'Aisyah yang ia gunakan buat menutup tepi rumahnya, maka Nabi s.a.w. bersabda kepadanya (Aisyah) :

“Singkirkanlah tabirmu ini, kerana gambar-gambarnya sentiasa menggangguku dalam solatku.”

(Hadis Riwayat Ahmad Dan Al-Bukhari)

Kitab Rujukan : Nailul-Author (نيل الأوطار) Juz 2, Bab Makruh Pada Kiblat Masjid Apa Yang Melalaikan Orang Yang Sedang Solat.


Hadis Kedua

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ صَلَّى فِيْ حَمِيْصَةٍ لَهَا أَعْلَامٌ فَقَالَ : شَغَلَتْنِيْ أَعْلَامُ هَذِهِ . إِذْهَبُوْا بِهَا إِلَى أَبِيْ جَهْمٍ وَ أْتُوْنِيْ بِأَنْبِجَانِيَّتِهِ

Dari ‘Aishah, bahawa Nabi bersolat dengan mengenakan hamisoh1 (حَمِيْصَة), kemudian sabdanya : “Gambar-gambar pakaian ini mengganggu perhatianku, kembalikanlah pakaian ini kepada kepada Abu Jahmin dan tukarkanlah dengan anbijaniah2 (أَنْبِجَانِيَّة)nya.”

(Hadith Riwayat Al-Bukhari Dan Muslim)

1 hamisoh (حَمِيْصَة) : pakaian dari bulu yang bergambar

2 anbijaniah (أَنْبِجَانِيَّة) : pakaian bulu kasar yang tidak bergambar



CONTOH LAIN MENGENAI JINAYAH BISING DI MASJID

Terdapat banyak contoh mengenai amalan ibadah yang apabila dilakukan secara salah samada yang menyalahi dari segi cara yang telah diajarkan oleh sunnah atau salah dari segi pelanggaran pantang larangnya yang khusus (yang dinyatakan secara khusus oleh hadis) atau secara umum.

Perkara-perkara seperti inilah yang ramai orang malakukannya lantaran tidak mengetahuinya kerana jahil dan/atau kerana tebal sikap asobiyyah terhadap ajaran tok guru mereka, lantas sebahagian daripada mereka akan memprotes secara bodoh apabila mereka ditegur dan dilarang kesalahan dan bid'ah yang mereka lakukan.

Antara contohnya ialah membaca Al-Quran dengan suara yang kuat di masjid. Membaca Al-Quran adalah amalan yang utama dalam Islam. Membacanya hendaklah dengan sebutan dan tajwid yang betul. Selain itu terdapat pantang larang berkenaan bacaan Al-Quran. Antara pantang larang dalam membaca Al-Quran ini ialah dilarang keras meninggikan suara bacaan Al-Quran itu apabila membacanya di masjid kerana menghormati orang yang sedang solat di dalamnya. Dalilnya ialah :


Hadis Pertama

Hadis diriwayatkan oleh Abu Dawud, An-Nasai, Al-Baihaqi serta Al-Hakim yang mengatakan bahawa hadis ini adalah sah menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim.

روى عَنْ اَبِىْ سَعِيْدِ نِالْخُدْرِىِّ اَنَّ النَّبِىَّ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِعْتَكَفَ فِى الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُوْنَ بِالْقِرَاءَةِ فَكَشَفَ الْسِتْرَ وَقَالَ : اَلا اِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلا يُئْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَ لا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِى الْقِرَاءَةِ

Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri bahawa Nabi s.a.w. beriktikaf di masjid, lalu beliau mendengar orang-orang mengeraskan suara dalam bacaan Al-Quran, maka beliau membuka tabir dan bersabda : “Ingatlah bahawa kamu semua sedang bermunajat dengan Robbnya, maka janganlah sebahagian kamu mengganggu sebahagian yang lain, dan janganlah pula sebahagian kamu mengeraskan suara mengatasi yang lain dalam bacaan Al-Quran”

(Kitab Rujukan : Fiqhus-Sunnah Jilid 1, As-Saiyid Sabiq, Bab Mengeraskan Suara Dalam Masjid)


Hadis Kedua

Hadis diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang sah :

Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi s.a.w. pada suatu ketika pergi ke masjid. Didapatinya banyak orang bersolat dan banyak pula yang mengeraskan suara dalam membaca Al-Quran, maka sabdanya “Sesungguhnya orang yang bersolat itu sedang munajat dengan Robb-nya ‘Azza wa Jalla, maka sepatutnya ia memerhatikan dengan apa yang dimunajatkan (dipercakapkan) itu. Dan janganlah pula sebahagian kamu mengeraskan suara mengatasi yang lain dalam bacaaan Al-Quran.

(Kitab Rujukan : Fiqhus-Sunnah Jilid 1, Bab Mengeraskan Suara Dalam Masjid; As-Saiyid Sabiq)


Dari dua buah hadis sahih itu jelas menunjukkan dilarang mengganggu orang yang sedang bermunajat atau bersolat walaupun dengan suara bacaan Al-Quran.

Orang-orang yang baca Al-Quran di masjid dengan suara yang kuat ini hendaklah ditegur dan dilarang. Perbuatannya itu tak ada faedah langsung untuknya kerana beramal secara salah itu tidak menghasilkan apa-apa pahala malah berdosa.

Tapi sangat disayangkan, yang buat jinayah mengganggu orang yang bermunajat di masjid ini bukan orang biasa tapi petugas masjid dengan restu jawatankuasa masjid. Merekalah penjinayah yang jahat kerana memasangkan suara rakaman bacaan Al-Quran dengan kuat melalui pembesar suara atau membaca sendiri Al-Quran itu untuk diperdengarkan kepada semua orang di masjid dan sekelilingnya.

Ulamak-ulamak yang perihatin hendaklah men-TAHZIR mereka yang jahil dan bersalah itu.



PIHAK BERKUASA AGAMA

Pihak berkuasa agama hendaklah sangat perihatin akan perlanggaran akhlak ini supaya imej Islam tidak tercemar oleh ulah sebahagian orang yang jahil berlagak pandai. Wujudkanlah undang-undang yang mengawal penggunaan pembesar suara seperti undang-undang anti sosial /anti bising dalam Akta Kerajaan Tempatan. Mereka yang melanggar undang-undang di hendaklah di ta'zir.