Photobucket

kulaan

Saturday, November 28, 2009

KURSUS TASAUF N TAREQAT-SIRI 2



MAJLIS MUNAQASHAH TASAUF & TAREQAT - Siri 2

Assalammualaikum WMT dan salam mesra,

AlhamduLILLAH, syukur ke hadrat ALLAH Zat Yang Maha Pemberi lagi Penyayang.

Dalam kesempatan yang ada ini, suka untuk saya mengwar-warkan kursus Tasauf & Tarekat siri 2, berikutan dari kursus yang pertama sebelum ini.

Kursus ini akan dibentang oleh Ustaz Muhammad Hizam Al Ahmadi ( MH - Bsc, Ginger - TAQ).

Berikut adalah maklumat kursus:

Tajuk : MAJLIS MUNAQASHAH TASAUF & TAREQAT - Siri 2

Penyampai : Ustaz Muhammad Hizam Al-Ahmadi



Tarikh : 6hb Dec 2009 (Ahad)

Tempat : No 27 - 1, Jalan knmp 1, Kompleks Niaga Melaka Perdana,
75450, Bukit Katil, Melaka.

Masa : 9am - 5.30pm


Yuran : Yuran : RM 120 – Termasuk :
i) Nota
ii) Jamuan

Jumlah peserta : Maksimum 40 orang sahaja. (Penyertaan dibuka umum kepada
Hamba ALLAH S.W. & Umat Rasulullah S.A.W)

Objektif Kursus :

1) Memperkenalkan ilmu Tasauf dan Tareqat
2) Mendedahkan kepentingannya dalam ibadat seharian dan
fungsinya yang utama serta penting di dalam rawatan
jasmani dan rohani.
3) Memperbetulkan kesalahfahaman orang awam akan
amalan-amalan Tareqat Muktabar.
4) Memperluaskan pengetahuan tentang ilmu yang wajar
diamalkan dalam hidup

Bab-Bab yang akan disyarah dan dibahaskan :

1. HAQIQAT TASAUF & TAREQAT

2. PERINGKAT2 NAFSU DAN DARJAT2 MANUSIA DALAM PANDANGAN
TASAUF.

3. Perbezaan Antara Tasauf Haq Dan Bathil

4. Juga akan membincangkan tentang WIRID AZIM Sidi Sayyid
Ahmad idris, kanzus saadah & tujuan sebenar
selawat-selawat TAJALLI.

5. Dan lain-lain lagi yang berkaitan. InsyaALLAH.



InsyaALLAH pada malam sebelum kursus (5hb Dec) akan diadakan Majlis Zikir Ahmadiah Idrissiah Ad Dandarawiah & Muzakarah yang akan dipimpin oleh Sheikh Mohd Zan (Sheikh MZ), iaitu salah seorang wakil Sheikh Mohd Faiz ( Mursyid Ahmadiah Idrissiah).

Majlis akan bermula selepas Maghrib, berikut adalah maklumatnya:

Majlis Zikir Ahmadiah Idrissiah Ad
Dandarawiah & Muzakarah Tasauf


Pimpinan : Sheikh Mohd Zan Ad Dandarawiah


Tarikh : 5hb Dec 2009

Tempat : Balai Islam, Taman Cempaka, Melaka.

Masa : Maghrib - 12.30 tghmalam

Yuran : RM10 sahaja ( sebagai tampungan jamuan makan malam)
Jika ada peserta kursus yang berminat untuk turut
serta menghadiri majlis ini, yuran kursus adalah RM130.


Kenapa ada bayaran?

Bukan bayaran tetapi sumbangan. Kerana persiapan makan minum adalah diuruskan secara mengupah orang lain, secara kos kasarnya jamuan makan malam Majlis Zikir adalah RM350, makanya adalah lebih molek ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

Bagi kemudahan sesama kita, yuran dan pengesahan kehadiran mohon dapat dilakukan seminggu sebelum kursus bagi tujuan edaran nota dan tempahan jamuan.

Yang paling penting adalah pengesahan kehadiran paling lewat seminggu sebelum kursus bagi kemudahan kedua-dua pihak, atas sebab tempat amat terhad. Sms nama penuh dan nombor kad pengenalan pada no.tel yang telah disertakan. Kerjasama dari anda yang berminat amat dihargai.

Bagi yang berminat, yuran boleh dimasukkan terus melalui akaun Maybank 107135037936 (Wan Asrul).

Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-6727627 / 019-6727626.

Semoga mendapat manfaat bagi kita semua dalam usaha mendekatkan diri kepada ALLAH.

Maaf yang tidak terhingga jika ada tersalah silap dari saya yang hina lagi lemah disisi ALLAH.

Yang baik dari ALLAH, yang buruk jua dari ALLAH, sebagai tanda saya manusia yang serba lemah, daif dan hina tanpa dengan izinNYA.

WALLAHUALAM.

Wednesday, November 18, 2009

SAMBUNGAN SEMINAR TOK BERLAGAK


Ok..saya nak sambung cite seminar bersama Tok Berlagak...Tempat seminar kek ...apo namo ee..lupe plak..aa ye Sri Kembangan..

Ikut scan atok sume peserta dah terer
so dia ajar ikut selera tok...Ilmu tahap tinggi...Rase rase ramai yang ternganga..termasok den sekali...

Banyak gak ilmu yang Tok turunkan...Tapi bak orang kate..makin banyak yang kite belajar..
makin banyak yang kite tak tau...standad la kan...Kat seminar Tok ijazahkan 1.Pembuka amalan
2.Bismillah lima 3.Bismillah enam 4. Tujuh Kun 5. Yassin 40 ..lagi ape ye...tak ingat dah..
Kena bukak balik nota...Mase seminar jumpe Utz Wan Asrul (TIAF) dari Melaka..
Utz Adnan(Muallij Muda) Muazam Shah...Yang lain ade gak Eksekutif Petronas, pesrta dari Singapore
pun ade...pendek cite satu Malaysia lah....Abis seminar jam 3.30 pagi waktu Malaysia...Sekian mekasih...

SEMINAR DENGAN TOK BELAGAK

Selama ni saya selalu baca blog Tok Belagak..selalu gak pikir cam ne orang nye...
Penah bagitau utz Adnan (Catatan Muallij Muda) kalau Tok Belagak buat klas kita gi ustad..
Ustad kata..No Roblem...
Satu ari..utz Adnan sms...Tok Belagak buat klas kat Bangi..Dah daftar lom...
Saya cek kat blog "Seminar Perawat Cemerlang"..Anta email kat Ibnu Adam..huh..tak dibalas pun...
Saya cakap kat orang umah..kite gi je ade rezeki dapat ikut klas..tak dapat kite gi mydin.shoping..
Sampai masa pegi cari tempat seminar...melilau beb..jumpe juge sudahnye..
Maka daftar utk ikut klas Tok Belagak sesi malam..Ha.....cam ni rupe Tok Belagak...
Mudo laie...hensem lagi bro..orang umah kata ade NUR kat muka Tok Belagak....No komen lah..
Jadi dah jumpo disiang ari tu..orang umah minta berubat dengan Tok...Mak eh..sonang amek2..
Jampi air dan limau je...den buleh buek..
Menuruk Tok standad le kena sihir berulang ulang...tak leh dengan bomoh ni dia pegi dengan bomoh lain plak...
Orang umah cakap..Tok baca sambil zassss..macam utamen taro....tak de la macam otamen taro..sajo yo saya tulis cam tu...
Air buat minum..limau buat mandi...
Malam nye plak..mase seminar Tok cakap den tak payah ikut selibes la..sume dah terer...
Alamak..magrib dah masok...den solat dulu yo...

Thursday, November 12, 2009

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN....(melayu)

  TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA
PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!!


Al-Kisah...!!!!


Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India
Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India
dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah
pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara  untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia .

Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin  Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian  seluruh Indonesia .. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai  pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam
bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina.  Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00
sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura.. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore .. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh  dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap , menutup telinga apabila mendengar azan dan hal dakwah Islam. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.
Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian, susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat.
Di Banting - Kamariah bt Sidek lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari). En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.
Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian.
Paderi Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan paderi itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.
Target Kristian:
Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)
Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)
Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah pendakwah yang berdakwah di dalam bahasa Inggeris.
Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KEPADA ORANG ISLAM KITA "Sebarkanlah walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuk
suami,isteri, anak-anak, kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan
generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah
'Allah hu Akbar'....maha suci Allah.


ALLAHUAKHBAR. ..ALLAHUAKHBAR. ..ALLAHUAKHBAR

Wednesday, November 4, 2009

EMAIL BERANTAI...BACA HINGGA NOKHTAH TERAKHIR

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....

Tikus yg sedang mengigit tali........

Kalau semua nak tahu ...
*si hamba Allah itu adalah kita semua.
*Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.
*2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
*Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
*Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
*Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.

Astaghfirullah. ..

1 minit untuk mengingati Allah

Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:

*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

Step 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan

Step 3:
Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang sahabat anda. (saya tidak forward tetapi mengambilnya untuk dimuatkan dalam blog).

Result 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa.

Result 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.

Result 3:
Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan diAMIN oleh para Malaikat INSYAALLAH Oleh itu... duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di redhoiNya Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita. SEKIAN.
Copy dari :http://saifunnizam.blogspot.com