Photobucket

kulaan

Sunday, February 27, 2011

SAMAN EKOR 2

PhotobucketMajlis Peguam saran saman ekor dikaji semula
Monday, 09 August 2010 09:56am
©Berita Harian (Digunakan dengan kebenaran)
oleh Magendran Rajagopal, Wan Faizal Ismayatim, Haspaizi Mohd Zain dan Ahmad Johari Mohd Ali

Polis, JPJ perlu guna sistem penyampaian lebih berkesan

KUALA LUMPUR: Pengamal undang-undang meminta supaya pengeluaran saman ekor oleh polis trafik dikaji semula kerana tindakan itu umpama menjatuhkan hukuman ke atas pemilik kenderaan walaupun kesalahan masih belum dibuktikan.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan, berkata dari segi prinsip, ada peruntukan undang-undang bagi membolehkan saman ekor itu dilaksanakan, tetapi masalah yang timbul berhubung cara penyampaian saman tidak efektif.

“Masalah timbul jika saman itu tidak sampai kepada kita, ini menunjukkan ada kelemahan dalam sistem penyampaian. Oleh itu, sistem ini perlu dikaji dan diperbaiki semula sama ada polis atau JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) menggunakan sistem yang efektif dan berkesan, ” katanya.

Peguam Salim Bashir berkata, orang ramai tidak boleh dipaksa membayar kompaun dan dikenakan waran tangkap melalui saman ekor kerana proses itu tidak mengikut sistem perundangan betul.

Katanya, hanya mahkamah yang boleh mengeluarkan perintah sedemikian dan bukannya polis atau JPJ kerana pihak berkenaan tidak diberi kuasa memutuskan sama seseorang individu bersalah atau sebaliknya.

Peguam Arif Azami Hussein berkata, melanggar hak kebebasan individu untuk didengar dan membela diri yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Katanya, pelaksanaan itu melangkaui prosedur perundangan kerana ia bersifat menghukum dengan serta merta.

“Mengikut prosedur betul, seseorang individu diberi notis terlebih dulu sebelum dihadapkan ke mahkamah, saman ekor bukan saja melangkaui prosedur itu, malah hukuman dikenakan tidak memberi banyak pilihan kepada kita, ” katanya.

http://www.malaysianbar.org.my/legal/general_news/majlis_peguam_saran_saman_ekor_dikaji_semula.html

**************************************************

kalau polis datang cari aku
aku akan tunjuk ni sbg bukti
dan aku sanggup ke mahkamah
dan aku akan baca apa yg Majlis Peguam ni nyatakan
inilah hak kita sebagai rakyat malaysia

kenapa kita harus takut dan tunduk kepada kepincangan pihak kerajaan
masa untuk rakyat bangkit !!!

sumber:www.detikdaily.net

Monday, February 21, 2011

SAMAN EKOR

BN kejam pada rakyat

Posted on Monday, February 21 @ 00:53:03 PST by tokdalang
Pendapat
Oleh Wak Jono
PhotobucketSetelah sekian lama kaedah saman ekor ini dipertikaikan oleh rakyat tetapi kerajaan BN masih melaksanakannya. Lebih mendukacitakan rakyat ialah belum ada Perdana Menteri yang sanggup mengambil tindakan "blakck list" ke atas rakyat kecuali Datuk Seri Najib.
Malahan Tun Mahathir di mana di zamannyalah saman ekor diperkenalkan tetapi beliau sendiri tidak menngambil tindakan blacklist. Apakah kerana kerajaan pimpinan Najib benar-benar terdesak kerana menghadapi masalah kewangan yang kronik?


 Antara kelemahan saman ekor yang paling ketara kezalimannya ialah:
i.  Saman dikeluarkan ke atas kenderaan bukan pemandu.
Keadaan ini boleh menyebabkan terjadinya penganiayaan. Kita sedia maklum banyak kenderaan di atas jalan yang dipandu bukan oleh pemiliknya. Contohnya suami memandu kereta milik isteri, anak memandu kereta ayahnya, adik memandu kereta kakak dan juga kawan memandu kereta kawan. Kita ada terbaca bagaimana seorang ibu terpaksa bergadai bergolok untuk menyelesaikan saman anaknya bernilai ribuan ringgit yang memandu keretanya. dan kesannya kepada anaknya. tiada apa-apa kerana yang menyelesaikan saman ialah ibunya. Malahan dalam keadaan sekarang di mana pembiayaan pinjaman kereta sehingga 9 tahun, ramai yang menjual kereta melalui kaedah “sambung bayar” kerana bagi mengelakkan kerugian susut nilai. Bagaimana pula dengan kereta yang menggunakan plat kenderaan palsu. Saya ada seorang kawan yang sengaja membuang 1 nombor pendaftaran keretanya bagi mengelakkan saman ekor. Dan terbukti setelah lebih 10 tahun dia memandu “kaedah”nya memang berkesan.  
ii. Saman disampaikan secara postal bukan secara terus
Pemilik kenderaan yang mana kenderaannya melakukan kesalahan had laju akan menerima makluman melalui pos. Kelemahannya di sini ialah jarak tempoh yang lama dari tarikh kesalahan kenderaan di buat dengan tarikh penerimaan surat saman. Ada yang menerimanya 2 atau 3 bulan setelah kesalahan dibuat dan ada yang selepas hampir setahun. Malahan ada yang tidak terima sebarang makluman langsung. Ini menyukarkan pemilik kenderaan mengingati siapa yang memandu pada ketika kesalahan dibuat. Kaedah menamakan pemandu di keratan penghujung surat saman juga dilihat tidak praktikal kerana tarikh kejadian yang telah lama serta hanya akan menyebabkan pertengkaran sesama saudara atau dengan rakan.
iii. Jumlah saman yang dikenakan sama tanpa mengira had laju
Jumlah kompaun yang sama iaitu RM300 biasanya dikena tanpa mengira had laju yang di catatkan adalah amat tidak adil. Kalau kita lihat dalam undang-undang contohnya rasuah, denda yang dikenakan bebeza mengikut jumlah rasuah yang di ambil, begitu juga  dalam pengedaran dadah. Justeru PDRM sewajarnya mengenakan jumlah saman yang bebeza bergantung pada had laju. Contohnya kereta yang dipandu melebihi had laju tetapi masih di bawah had laju kebangsaan iaitu 90km sejam dikenakan saman RM100. Seperti memandu 78km di kawasan had laju 60km. Mereka yang memandu melebihi 90km hingga 110km dikenakan saman RM200 dan yang memandu melebihi 110km barulah dikenakan kompaun maksimum RM300. Rasionalnya ialah mereka yang memandu di bawah 90km ini bukan dalam golongan “kaki racing”, mereka cuma kadang tidak terpandang papan tanda hadlaju atau jalan yang lengang ketika itu. Tetapi mereka yang memandu melebihi 110km sejam memanglah boleh di kategorikan sebagai “kaki racing” yang boleh menyebabkan kemalangan dan wajar dikenakan kompaun maksimum.
iv. ‘Blacklist’ hendaklah dibuat setiap tahun bukan setelah 10 tahun
PDRM dan JPJ sepatutnya menyenarai hitam pemandu yang enggan membayar saman ini setiap tahun bagi mengelakkan ianya tertunggak telalu lama yang mana akan menyukarkan pemandu untuk membayar jumlah yang terlalu banyak seperti yang berlaku sekarang. Walaupun kerajaan ada memberi insentif diskaun tetapi apabila jumlah yang terkumpul terlalu lama ianya pasti menjadi bebanan kepada rakyat untuk menjelaskannya dalam masa yang singkat. Bukan semua rakyat berkemampuan lebih-lebih lagi ketika ekonomi jatuh seperti sekarang. Kita tidak mahu natijahnya nanti lebih teruk di mana mereka akan mamandu kenderaan tanpa cukai jalan bagaimana nanti jika berlaku kemalangan? Dan lebih parah lagi ada yang maminjam along untuk menyelesaikan saman bagi memastikan mereka boleh memperbaharui cukai jalan.
Maka boleh kita simpulkan di sini kaedah penyelesaian yang terbaik ialah pihak PDRM perlu mengkaji mekanisma baru bagi perlaksanaan saman ekor ini. Antaranya ialah seperti yang pernah PDRM lakukan sekitar tahun 1990-an. Di mana pada ketika itu saman ekor di buat secara “tembak, tahan dan tulis saman” (3T).  Kereta yang dipandu melebihi had laju akan dikesan oleh seorang anggota polis lalu akan ditahan selepas 1 atau 2 kilometer dari tempat kejadian oleh 2 atau 3 orang anggota polis lain serta saman terus di beri kepada pemandu. Ini secara langsung akan menyelesaikan semua masalah. Sekiranya PDRM menghadapi masalah kekurangan anggota mohonlah pertambahan anggota bukannya menjadi pak turut untuk melakukan kezaliman kepada rakyat.
Justeru saya amat-amat berharap kempen anti saman ekor (Kase) oleh PAS ini dapat terus diperjuangkan sehingga tercapai matlamatnya. LAWAN TERUS LAWAN! Kerajaan BN mesti diajar bahawa rata-rata rakyat faham akan rasionalnya penggunaan perangkap had laju, rakyat bersedia untuk membayar saman sekiranya perlaksanaannya teratur dan telus bukannya dengan cara menzalimi rakyat. Dan apa yang lebih jijik lagi ialah menjadikannya sumber pendapatan haram kerajaan.
Sumber : http://www.detikdaily.net

Monday, February 7, 2011

punca segala bencana

Photobucket
 
Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Punca Segala Bencana
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:”Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:”Kerana inilah tanganku dipotong” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.”
 
(Muslim)
 
 
Huraian
Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: "Seorang hamba (manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!' Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis: (1) Apa yang dimakannya lalu habis. (2) Apa yang dipakainya lalu lusuh. (3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat. Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain". (Muslim)
sumber :i luv islam

Sunday, February 6, 2011

USTAZ AMIRUL


Dengan izin Allah den n org umah den ke Melaka untuk  rawatan susulan dengan Hj Lokman (Syifa-alhidayah).Dalam perjalanan banyak halangan...Bagaimanapun sampai jua walau lewat..Sampai umah Pak Lim (Rumah bapa pelakon Asraf Muslim)lebih kurang jam 5 ptg....den tengok ramai nya orang..No kat skren baru no 70..den dan org umah den no 81 dan 82...Lambat lagi nih..Den ajak org umah makan dululah...den x makan lagi .....


Di pendekkan cerito..sampai masa rawatan..den n org umah den dirawat oleh Asraf..Tn Hj Lokman masih merawat pesakit lain..Boleh tahan jugak Asraf ni merawat selain berlakon..Sabelum ni bini den sakit telinga..selalu berdengung..kadang kadang macam pekak..skang ni dan 90% ok..Amalan yang diberi oleh Hj Lokman pada rawatan lepas baca surah Quran yang terpilih..lupa plak ayat ape...kalau cam 2 kira dah baik le ..kata Asraf...Bini den bagi tau Asraf skang ni dia sakit pinggang,tangan kebas kebas bangun tidur pagi dan sakit tengkuk..
Sdr Asraf scan nampak bini den kena sihir..baru dianta ..ada 16 ekor jin dalam badan..kata nya...Tapi x pe saya tarik kuar..kata Asraf...Ishh..payah jugak den tengok nak kuarkan jin...berkerut dahi asraf...Dah selesai tarik kuar Asraf bagi ayat Quran terpilih utk buat amalan lepas Subuh dan lepas Maghrib...
Lepas bini den siap den dirawat pulak..Den ni ada batu karang kat hempedu..Asraf bagi ayat surah Ibrahim dari no 32 hingga 43 dan surah Furqan ayat ke 41 hingga 45 utk buat amalan sehingga berjumpa lagi pada 2.4.2011..
Den bercadang nak masokkan blog Hj Lokman dalam dalam Perawat Islam kat bog den...mana tau ada manafaat tuk org lain..