Photobucket

kulaan

Wednesday, September 30, 2009

AMALAN MINUM AIR PANAS
View more blogs by elle

[ View All Photos ]

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.

Secara logik..., mungkin ada kebenarannya. . Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.
 
sumber dari anggunayu-kilk sebelah

Monday, September 28, 2009

PERKOSAAN VISUAL -Test cermin dengan kuku.
View more blogs by elle

[ View All Photos ]

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soalsiasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :
LAKUKANLAH TEST SEDERHANA
(TEST KUKU JARI)
1. Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin.
2. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa(selamat).
3. Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI".
4. Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari
"PERKOSAAN VISUAL" !Sumber:anggunayu-klik sebelah.
 

Sunday, September 27, 2009

LAWAK FAKTA SEJARAH TANAH MELAYU


Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah)

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini...

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepas

Feb 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah…

Perisik 1.2.3:
selamat pagi tuan (sambil bertabik)


Alfonso:
selamat pagi


Perisik 1:
Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang


Alfonso:
Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)


Perisik 2:
Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..


Perisik 3:
Betoi tu tuan...antaranya

hang sihat, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana.....


Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ…

WEK!!!
SUMBER:lawakbabas.blogspot.com
KAU LELAKI DAN AKU WANITA
View more blogs by elle

[ View All Photos ]

Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg banyk, Bagaimana???, bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer:-

1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.BERATKAN !

4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita

1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6 - wanita wajib taat kpd suaminya.

7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.

Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan

WALLAHUA'LAM (sumber :anggunayu.com)
   
Teknik-terknik persetubuhan atau senggama
View more blogs by elle

[ View All Photos ]

Pelbagai buku ada di pasaran sama ada secara explicit atau terselindung. Sebaik-baiknya pilihlah jimak secara islam. Seks yang dilakukan dengan cara yang sama sahaja akan membosankan. Oleh itu, sentiasa pelbagaikan kaedah berjimak atau bersenggama anda. Baca artikel ini yang dijamin akan manghasilkan aksi yang ghairah dan hebat di ranjang tidur!

Teknik Bersetubuh Barat
Sebenarnya terdapat banyak posisi persetubuhan yang diketahui di Timur mahupun di Barat. Namun begitu, kebanyakkan dari posisi jimak adalah lebih kurang sama, dan kebanyakan posisi jimak itu adalah merupakan posisi sementara. Ini kerana bersetubuh dengan posisi biasa iaitu perempuan di bawah dan suami di atas itu adalah yang paling popular dan cukup menyenangkan. .

Posisi Hubungan Seks Ketika Hamil

Bila anda hamil ini tidak bermakna anda sudah tidak boleh melakukan hubungan seks lagi. Sebaiknya anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan seks yang terbaik dan selesa ketika kehamilan kita semakin membesar.

Berikut adalah beberapa posisi hubungan seks terbaik semasa hamil:

Posisi wanita di atas. Posisi ini adalah paling selesa untuk kebanyakan ibu hamil. Ini kerana pada kedudukan ini wanita hamil dapat mengawal kedalaman penetrasi.

Posisi duduk. Posisi ini biasanya popular dikalangan wanita yang berada pada pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Suami duduk dan isteri duduk diatasnya dalam keadaan saling berdepan. Atau apabila isteri sudah semakin sarat kedudukan isteri membelakangi suami pula adalah posisi yang terbaik.

Posisi suami berada di atas tetapi hanya berbaring separuh badan.

Posisi berlutut atau berdiri.

Yang paling penting dari semua posisi seks semasa hamil tersebut anda perlu pastikan agar tidak memerikan tekanan atau beban pada perut ibu hamil.

Kita sedar bahawa hubungan seks merupakan satu bahagian penting dalam menyatakan perasaan kasih sayang, rasa aman dan tenang, menimbulkan perasaan kebersamaan dan mendekatkan perasaan dalam hubungan suami isteri.

Tetapi jangan pula kita meletakkan hubungan seks sebagai peranan paling penting dalam keselarasan hubungan suami isteri. Sebagai contoh Kita boleh hanya dengan cara berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita suami isteri tanpa harus melakukan hubungan seksual.Itu sebabnya dalam semua hal kita isteri mahupun perlu saling memahami keinginan masing-masing.

Adakah Hubungan Seksual Semasa Hamil Merbahaya?

Ramai yang bertanya kepada saya adakah boleh melakukan hubungan seksual semasa hamil? Tak bahayakah?

Ya, anda boleh melakukan hubungan seksual dengan pasangan anda semasa kehamilan biasa atau normal.

Ada antara ibu yang risau dan salah anggap tentang seks semasa hamil boleh menyebabkan infeksi atau menjejaskan kandungannya semasa melakukan hubungan seks.

Hubungan seks atau orgasm tidak membahayakan bayi di dalam kandungan anda kerana adanya lendir dari serviks ibu(mulut rahim) yang membantu melawan terhadap kuman atau infeksi yang akan masuk ke dalam pintu rahim dan secara semulajadi juga Allah s.w.t telah menciptakan suatu perlindungan kepada bayi dalam kandungan. Bayi dalam kandungan kita berada dalam ruang rahim dan cairan ketuban serta otot rahim dan perut yang kuat melindungi bayi salama dalam proses kehamilan.

Namun kehamilan anda akan termasuk dalam kehamilan dengan risiko sekiranya ada komplikasi atau ada symptom yang tidak pernah anda rasa atau hadapi sebelum ini seperti rasa ngilu, kontraksi atau pendarahan maka anda perlu segera berjumpa denga doktor sebelum anda melakukan hubungan seksual lagi.

Biasanya doktor akan menasihatkan agar anda tidak melakukan hubungan seksual pada kes-kes kehamilan berikut:

1. Ancaman keguguran atau pernah alami keguguran.

2. Placenta berada dibawah (plasenta previa)

3. Riwayat kelahiran premature (pra-matang)

4. Pendarahan vagina atau keluar cairan yang tidak diketahui penyebabnya.

5. STD atau penyakit seksual yang menular.

Jika anda masih ragu-ragu untuk melakukan hubugan seks semasa kehamilan, jangan anda merasa malu untuk membincangkannya dengan doktor anda 
 
sumber dari:anggunayu.com

Saturday, September 26, 2009

Jadikan Anak-anak kita Pemenang di dunia dan diakhirat
...
Wednesday, September 23, 2009 9:49:55 AM
From:
Jhareezrich    
...
View Contact
 


Jadikan Anak-anak Pemenang!
 
Assalamualaikum,
Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2.
berikut ada beberapa tips yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!


1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . -
bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik
tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu
dan rendah diri. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

 
2. Berikan anak anda pelukan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita
sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

 
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak.
 
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi.
 
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan
sesuatu perbuatan baik secara berterusan
- mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
 
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi
jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

 
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
 
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala , mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana,
pastu budak tu jawab Zoo
untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.
 
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.
 
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

 
12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali
- ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.
 
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.
 
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.
 
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
 
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
- biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

 
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.
 
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan
belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain.. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

 
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma
untuk sound effect sahaja
. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

 
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda . hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita Apapun, saya mengharapkan semua yg membaca akan dapat manfaatnya.
 
21. Solat bersama-sama. Solat secara berjemaah bersama-sama isteri & anak-anak dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang semua. Peluklah & berikanlah ciuman dengan penug kasih sayang. Kita berdoa agar anak-anak menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak dan juga sebagai penyelamat kita di akhirat nanti. Insyaalah Amin.
 
Wasalam.

email dari sahabat !!!c013x!!!


AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan  khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita

CARA BERJIMAK MENGIKUT ISLAM
View more blogs by elle

[ View All Photos ]

Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna

Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya. 
 
Sumber dari :anggunayu.com

MINYAK SAJI

MINYAK SAJI
PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas , Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Orang ramai juga boleh melayari laman web
http://www.nordicgr oup.us/oil. htm The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama


Sumber:lawakbabas.blogspot.com

Friday, September 25, 2009

Formula 1: Proton bermain api

al_madd


Proton nyata terlewat untuk menerokai bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Malah, Proton hilang kelebihannya dari segi harga setelah penurunan cukai import. Kini, Proton berdepan dengan dua masalah yang besar.
Pertamanya, bagaimana untuk bersaing dengan syarikat kereta yang lain, terutamanya pelabur asing dari segi teknologi automotif? Keduanya, bagaimana untuk terus bernafas dalam arus globalisasi yang semakin menderas?

Berapa wang dihanguskan?

Kebetulannya, kerajaan membuat pengumuman mengejut baru-baru ini -- menggunakan jenama Lotus di bawah syarikat Proton untuk menyertai Kejohanan Dunia Formula Satu (F1). Salah satu matlamat utama adalah memperkasa kemahiran teknologi kereta Proton dan malakar nama di antarabangsa.

Tidak dinafikan, penyertaan F1 sememangnya dapat menampilkan Proton di pentas dunia atas nama Lotus. Namun, segala-gala ini datang dengan harga yang tinggi. F1 diisytiharkan sebagai salah satu acara sukan dunia yang paling "menghanguskan wang".

Misalnya, bajet pasukan kereta terunggul, Ferrari ialah 200 juta pound (kira-kira RM 1.1 billion) setiap tahun. Selain itu, menurut sebuah bahan bacaan terbitan F1, pasukan kereta yang "mega" seperti Ferrari, McLaren dan sebagainya, telah menghanguskan 400 juta US dollar masing-masing, pada tahun 2006.

Toyota yang menghanguskan 450 juta US dollar setahun, gagal mengecapi nikmat juara dalam apa-apa acara sehingga kini. Honda yang menghanguskan 380 juta US dollar pada tahun 2006, menarik diri dari F1 pada tahun 2008 kerana tidak tahan dengan cara menghanguskan wang yang sedemikian.

Beberapa tahun kebelakangan ini, wang yang dihanguskan Honda melebihi 400 juta US dollar setahun. Biarpun Honda antara pengilang kereta yang paling untung di dunia, juga tidak menganggap dirinya mampu menampung beban perbelanjaan yang seberat ini.
Walaupun BMW sebagai pengilang kereta yang terbesar di dunia, juga kelihatan tidak tahan dengan cara menghanguskan wang sedemikian. BMW telah mengumumkan untuk menarik diri setelah tamatnya musim perlumbaan tahun ini. Dalam detik saat kemelut ekonomi dunia ini, BMW pun terpaksa tunduk. Sebagaimana yang diketahui, untuk beberapa tahun kebelakangan ini, BMW membelanjakan kira-kira 300 juta US dollar setahun secara puratanya.

Kos lebih rendah dari R&D

Sememangnya, FIA (Fédération Internationale de l'Automobile) telah mengumumkan satu dasar yang dilihat pro-pasukan kereta kecil yang bakal dilaksana mulai tahun 2010. Menurut dasar ini, seandainya Budget Cap (bajet maksima) satu pasukan tidak melebihi 40 juta pound (kira-kira RM 230 juta), maka pasukan tersebut bakal menikmati syarat yang lebih longgar dari segi teknikal, termasuk putaran enjin yang tidak terhad, kebenaran untuk menggunakan sayap yang boleh diubah, tiada had ketika menguji landasan dan sebagainya.

Namun, Budget Cap 40 juta pound ini tidak merangkumi kos yang lain, seperti gaji pemandu, kos enjin, pemasaran, iklan dan sebagainya. Bukan murah untuk mendapatkan seorang pemandu yang hebat dan sebiji enjin yang tahan lasak. Sebagai contoh, Ferrari membelanjakan 44 juta US dollar pada tahun 2003 hanya untuk membiayai pemandu, dan 175 juta US dollar untuk enjin.

Tetapi, bajet pasukan kereta yang kecil seperti Minardi lebih rendah, hanya 500 ribu US dollar untuk pemandu dan 15 juta US dollar untuk enjin.
Andaikan perbelanjaan tahunan pasukan lumba kereta F1 "1Malaysia" ini berdasarkan Budget Cap 40 juta pound, ditambah dengan kos pemandu sebanyak 500 ribu US dollar dan kos enjin sebanyak 15 juta US dollar (bajet pasukan kecil), maka sekurang-kurangnya 55.50 juta US dollar (atau RM195.36 juta) dihanguskan dalam tempoh setahun. Perbelanjaan ini tidak termasuk kos permulaan untuk menubuhkan satu pasukan kereta lumba.
Namun, untuk kerajaan, tiket F1 mungkin lebih berbaloi jika dibandingkan dengan wang yang perlu dicurahkan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D). Menurut laporan yang diterbitkan United Nations Conference on Trade and Development, iaitu World Investment Report 2005, enam syarikat transnasional termasuk Ford, Daimler Chrysler, Toyota, General Motor dan sebagainya, sejumlah 5 billion US dollar dibelanjakan untuk tujuan R&D pada tahun 2003, atau puratanya 833.33 juta US dollar untuk sesebuah syarikat.
Jikalau dibandingkan, pasukan F1 1Malaysia ini hanya membelanjakan 55.50 juta US dollar untuk memasuki litar F1 dan meluncur di landasan kecanggihan teknologi. Ia kelihatan cukup berbaloi.

Pada hakikatnya, banyak pasukan kereta lumba yang kecil dalam kejohanan F1 menggunakan model operasi sedemikian. Pasukan ini tidak akan memperuntukkan wang yang banyak untuk tujuan R&D. Malah, enjin penjana yang digunakan pun dibekalkan pasukan kereta dan pengilang yang lain. Oleh itu, pasukan kecil ini berjaya menjimatkan perbelanjaan yang besar dalam R&D.
Di samping itu, pasukan yang kecil ini akan menggunakan perbelanjaan yang terhad untuk penerokaan secara kecil-kecilan. Penerokaan ini mungkin mendatangkan manfaat untuk kereta lumba. Contoh yang terbaik adalah diffuser yang digunakan Brawn GP dan Toyota. Jelas, pasukan kereta yang memasang diffuser mencapai prestasi yang lebih baik, berbanding pasukan kereta yang lain.
Namun, apakah penyertaan F1 bakal memanfaatkan Proton atau Lotus dalam R&D? Persoalan ini kekal sebagai pertikaian yang bakal dibincangkan dalam analisa seterusnya. 
 (Bahagian kedua, bersambung)


sumber dari gigitan kerengga.blogspot.com

Hasan Ali mahu bawa PAS Selangor keluar Pakatan?

Baru sebentar tadi, terdengar berita di radio, PAS Selangor akan mengadakan satu mesyuarat khas untuk mengkaji kedudukannya dalam Pakatan Rakyat Selangor.

Nampaknya PAS Selangor kini sudah jadi macam DAP di Kedah mengugut mahu keluar PR bila berhadapan dengan isu Selcat.

Isu Selcat menjadi panas ekoran kritikan terbuka Hasan Ali yang mendakwa bahawa “sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.” [Lihat kenyataan resmi Hasan Ali di sini]

Walau bagaimana apa pun alasannya , kalau benar bahawa pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan oleh Hasan itu bertujuan demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri , kenapa ianya perlu dibuat secara terbuka hingga timbul persepsi tidak baik dikalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan orang ramai terhadap Hasan sendiri sehinggakan ada yang mencadangkan agar beliau keluar sahaja dari PAS.

Tetapi Hasan tidak akan meninggalkan PAS dan masuk semula ke dakapan Umno. Mahathir sendiri lebih suka jika Hasan terus berada dalam PAS dan menjadi duri dalam daging. Berjayakah Hasan membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat Selangor? Khir Toyo tentu mengharap sangat!
 
sumber dari alhusseyn51.blogspot.com

Wednesday, September 23, 2009

Email Dari Sahabat

Denmark akan bakar Quran
via CINA ISLAM (林川興) by DRS. KHALIL IDHAM LIM on 9/5/09

From: Affendi Abdullah draffendi52@ yahoo.co. uk

Carefour enggan memboikot barangan Israeli/American/ Denmark . KFC
( Kentucky Fried Chicken), McDonalds, Hardees, Burger King, Pizza Hutt &
Starbucks telah mengambil keputusan untuk membeli barangan Denmark bagi
menyelamatkan kerugian mereka.

Boikot barangan Denmark dan sampaikan berita ini kepada sesiapa
sahaja !!!!! Denmark mahu membakar kitab suci al-Quran pada Sabtu akan
datang di satu kawasan lapang di Coppenhagen (ibukota Denmark ), sebagai
reaksi terhadap pemboikotan ummat Islam keatas barangan mereka.

Diharap kita semua bersatu memboikot barangan mereka dan berdoa kepada
Allah yang Maha Berkuasa supaya menunjukan kesan rancangan jahat mereka ,
menjadi satu pelajaran dan iktibar kepada seluruh dunia. Sampaikan berita
ini kepada mereka yang anda kenal.

Denmark semakin terdesak

Sila panjangkan berita ini. Assalaamu 'Alaikum, Berita gempar, harap anda
semua tahu tentang akhbar Denmark yang telah mempersendakan Rasulullah SAW
dan hingga kini mereka tidak menyesalinya. .Marilah kita jadikan mereka
menyesalinya.

Duta Besar Denmark. Perdana Menteri dan Denmark National Channel; kesemua
mereka sedang merancang berbuat sesuatu untuk menghentikan pemboikotan
ummat Islam sejak bulan lepas , dimana mereka telah mengalami kerugian
hingga 4 billion Euro. Jika kita meneruskan pemboikotan barangan Denmark 7
bulan atau lebih lagi , kerugian dianggarkan mencapai sekitar 80 billion
Euro.

Sila sampaikan maklumat ini kepada setiap Muslim yang anda mampu usahakan.
Ingatlah ; Rasulullah mungkin akan bertanya kepada anda di hari akhirat
kelak : Apa yang telah anda lakukan apabila mereka mempersenda- sendakan
aku? Bagaimana anda mempertahankan saya?

Minuman 7-up , LEGO, cokolat Cadbury , Hall Chewing gums atau apa-apa
barangan yang mempunyai kod bar bermula dengan angka 57 . Tolong yakinkan
semua ummat Islam supaya memboikot barangan yang dikeluarkan oleh negara
Denmark."

wassalam :)



kek gonting

Tuesday, September 15, 2009

GAJI AWAL BULAN DEPAN MELOPONG

Syukur Alhamdulillah ari ni gaji pas tu bulan depan melopong le..tapi tak pe mungkin rezeki lain yang datang...Ustad kata kalau kita nak kaya kena rajin solat Dhuha., baca surah Waqiah  dan berdoa dengan Ayat seribu dinar..yang penting usaha bersungguh sungguh....Petang ni gi Segamat lah..shoping ghayo..Tak lah..nak bolo keto... ekon dah abis.
Ngantok lak..tido jap...

Saturday, September 5, 2009

Alamak...lamanye x update.....malas betul la...letih posa......

Tuesday, September 1, 2009

My Catatan

Perang antara kami dgn tukang sihir yang tinggal sekampong tak tahu bila akan berakhir..kami pernah bakar bata dah banyak kali dah...tapi tukang sihir ni jenis tak makan saman....Bila kami bakar bata..jin sihir datang jumpa kami minta maaf dan janji tak akan buat lagi..Bila kami padam api..dia anta lagi...dia anta bukan sikit skit..ratus jin sekali anta...sampai satu masa tak bermaya orang umah saya dibuatnya...tapi alhamdullillah..kami masih dapat bertahan...skang ni kami wat TRO lak..Tq utz Abd Majid...semalam saya pegang rotan TRO.. saya gores kat kaki isteri saya tetiba je isteri saya kerasukan dan marah kat saya..dialog lebih kurang camni...

Jin : Apa nie..

Saya : Saje saje je..nak suruh awak kuar..

Jin : memang saya nak kuar,tapi tuan punya badan ni letih..awak bodoh!..
(Isteri saya berkebolehan mengeluarkan jin yang ada dalam badan sendiri satelah saya ajar apa yang diajar oleh Utz Abd Majid )

Saya : kalau cam tu awak tidur..nanti pas ni awak kuar..

jin: ketawa dan memberi kerjasama bila saya pegang kepala isteri saya...
Saya baca fatihah dan hembus kat kepala isteri saya)

Jin: (ketawa terbahak bahak)..malas la nak tido..

Saya : dah la tu..kita orang nak solat Isyak ni ..jangan kacau..

Isteri saya sedar kembali...
Lepas solat orang umah buat kerja sok sek sok sek... letih .tido..tak dan nak kuar kan jin tu..sok pagi le jawabnye...

Forex

ASSALAMUALAIKUM WBH..

Saya ingin berkongsi pengalaman bermain forex..itu pun kalau nak baca la..dari mula sampai la ni tak pernah berjaya..bukan senang beb...kalau tengok iklan..pergh bukan main....Jadi kalau nak berjaya cuba main demo dulu dalam setahun....Saya mula mula main akaun standard..kebus..pas tu main acc micro hancus lagi....Bagaimanapun dari pengalaman yang ada..pas ni rasa rasa dah boleh dah..Otai otai forex bagi tau nak main forex kena disiplin,tidak tamak,relax dan main 20 pip sehari dah cukup...Tapi maklum la kita ni kan,bila tengok untung mula la nak belasah lagi....Jadi pada mereka mereka yang nak main forex cuba lawati web ni
www.kuasaforex.com atau www.kuasaforex.blogspot.com atau kat www.fxopen.com