Photobucket

kulaan

Thursday, July 25, 2013

Photobucket
Tekanan Darah Tinggi (Hypertension)

Pengenalan

Penyakit darah tinggi merupakan penyebab utama berlakunya strok atau angin ahmar

Saluran darah dalam tubuh terbahagi dua. Saluran darah di mana darah mengalir keluar dari jantung ke seluruh organ dan anggota badan dikenali sebagai arteri. Ia tebal dan anjal kerana diselaputi otot dan mampu menanggung tekanan darah yang tinggi dari jantung

Darah yang kembali ke jantung dari organ dan anggota badan mengalir dalam saluran darah yang dikenali sebagai vena. Darah yang mengalir dalam vena mempunyai tekanan darah rendah

Tekanan darah rendah yang dimaksudkan dalam penyakit darah tinggi ialah tekanan darah dalam arteri-arteri utama yang keluar dari jantung

Secara umum, tekanan darah aras tinggi (sistolik) kurang dari 130m Hg dan tekanan darah aras rendah (diastolik) kurang dari 85m Hg dianggap sebagai tekanan darah normal

Paras normal menjadi tinggi sedikit ketika usia meningkat. Ini kerana

Tuesday, July 9, 2013

Photobucket

Kencing Manis

Tanda:
Sering buang air seni malam hari, cepat haus dan lapar, cepat lelah dan ngantuk, telapak tangan & kaki kesemutan, penglihatan kabur, jika luka sukar sembuh, syahwat menurun. Kulit di bawah kuku menghitam.
Titik Bekam:


Sunday, July 7, 2013

Wirid,Aurad dan Warid

Photobucket
SESUNGGUHNYA WIRID MENDATANGKAN KEPADA KAMU WARID SUPAYA KAMU MENDEKAT DAN MASUK KE HADRAT ALLAH S.W.T. 
WIRID MENDATANGKAN KEPADA KAMU WARID SUPAYA KAMU TERSELAMAT DARI KEKUASAAN DEBU-DEBU DUNIA DAN SUPAYA KAMU MERDEKA DARI PERBUDAKAN MATA BENDA DAN SYAHWAT KEDUNIAAN. 
WIRID MENDATANGKAN KEPADA KAMU WARID SUPAYA KAMU BEBAS DARI PENJARA WUJUD KAMU DAN MASUK KEPADA SYUHUD (PENYAKSIAN). 
            Tidak mungkin bayi suci yang lahir dalam hati dapat dipelihara dan dilindungi dengan kekuatan dan kepandaian seseorang manusia itu. Manusia berhajat kepada Allah s.w.t untuk memelihara dan melindunginya. Hanya kurniaan Allah s.w.t yang mendatangi hati seseorang hamba itu yang mampu menjadi tentera menjaga khazanah kebaikan yang ada dalam hati. Kurniaan Allah s.w.t itu hanya menetap jika suasana hati sesuai untuknya. Allah s.w.t berkuasa mencabut semula apa juga kurniaan-Nya kepada hamba-Nya. Kesalihan telah dicabut daripada Azazil sehingga dia menjadi iblis. Kesalihan juga telah dicabut daripada Bal’am bin Ba’ura sehingga dia hidup di hutan seperti haiwan. Sesiapa yang menyangka kebaikan dan kelebihan yang ada padanya sebagai hak mutlaknya, lupa dia kepada kurniaan Allah s.w.t dan kekuasaan-Nya, sesungguhnya orang itu menanti masa untuk menerima kemurkaan Allah s.w.t. Sekiranya Allah s.w.t mengasihani seseorang hamba itu Dia akan meletakkan sesuatu kelemahan pada hamba tersebut. Kelemahan itu sentiasa membayanginya untuk memperingatkannya tentang tarafnya sebagai hamba Tuhan yang sentiasa berhajat kepada-Nya. Nabi Muhammad s.a.w dihadapkan dengan kelemahan dalam membuat bapa saudara baginda s.a.w, Abu Talib, mengucapkan dua kalimah syahadah. Nabi Nuh a.s dihadapkan dengan kelemahan dalam memujuk isteri dan anak supaya ikut menaiki kapalnya. Orang kaya dihadapkan dengan penyakit yang hartanya tidak mampu mengubatinya. Orang yang diberi kebolehan dihadapkan dengan kelemahan mendapatkan sesuatu yang sangat diingininya. Setiap orang berdiri dengan kelemahan yang tidak mungkin dia mengatasinya, kecuali dengan izin Allah s.w.t. Hal yang demikian menjadi rahmat yang memelihara kehambaan pada

Friday, July 5, 2013

Bolehkah Roh Kembali Ke Dunia Nyata..

Photobucket
Seorang pesakit kesejukan sebelum diruqyah..Bila ditanya dari mana x nak jawab..pesakit ni trus kesejukan..menggigil macam dok dalam ais..Den soh kuar guno serban..tak yo nak kuar..Den baca ruqyah...al-fatehah,ayat kursi dan selawat tafrijiah..mohon pd Allah supaya dipermudahkan urusan...menangis pulok dah..den tanya..pehal kau ni..kau ni sapo...aku bini abang bxxxx kata pesakit...(isteri abang bxxxx dah meningga 1 bulan yg lalu..boto ko roh arwah yg ada dlm badan pesakit nih..)...makin lama makin kuat plak dia nangis.. den kata kat dia..kan kau da mati sebulan yg lalu.buat apa kau datang nih..makin kuat plak dia meranung..aku x diterima bumiiiiii..aku banyak dosa kt abang bxxxx......aku minta ampuuuun..huhu kata pesakit sambil nangis...
Den kata minta ampun hanya pd Allah..pd manusia minta mahap...tak yo paham kamprit ni..meraung dan minta ampun kt abg bxxxx...den dah habih iktiar..den kol abang bxxxx...den kata ni ha bini kau nak bercakap..tekojot beruk abang bxxxx....den letakan tipon kt telinga pesakit...pesakit kata..