Photobucket

kulaan

Monday, May 30, 2011

kisah Dr Harun Din islamkan mubaligh angkuh

Photobucket 

Agama & Cara HidupLelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islamsedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat

Monday, May 9, 2011

WAKAF ALQURAN DAN PELUPUSAN QURAN LAMA

Photobucket
PERCETAKAN SAUFI, telah mengadakan PROGRAM WAKAF AL-QURAN DAN PELUPUSAN AL-QURAN LAMA bagi membantu serta menggantikan Al-Quran lama kepada pelajar-pelajar sekolah rendahmenengah, maahad tahfiz, masjid, surau, dan pondok.

Program amal jariah ini bertujuan bagi membantu kepada mereka yang memerlukan Al-Quran yang baru. Khususnya pelajar sekolah pondok, dan pusat tahfiz. Disebabkan bilangan pelajar semakin hari bertambah. Adakalanya diantara pelajar tersebut menggunakan Al-Quran yang lama dan uzur. Dengan cara ini, kita dapat membantu serta meringankan beban mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli naskah Al-Quran yang baru untuk dibaca.

Program ini dilakukan bagi memartabatkan kalamullah.

Saturday, May 7, 2011

MENUDUH ORANG DENGAN SUMPAH LAKNAT..



Photobucket
1. Menuduh orang lain dengan suatu tuduhan perlulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syariat. Kerana ia boleh memberikan implikasi yang besar kepada yang dituduh. Bahkan keluarga dan maruah yang dituduh akan tercalar. Sebab itulah Islam membezakan di antara hukum menuduh seseorang melakukan zina dikenakan had qazaf, dengan hukum menuduh seseorang telah kufur tanpa dikenakan sebarang hukuman had.

2. Sumpah dalam bahasa Arab disebut al-yamin, al-halaf atau al-qasam yang bermaksud komitmen. Ia juga membawa arti komitmen terhadap sesuatu hukum dengan menyebut nama Allah yang Maha Agung. Ia tidak disyaratkan untuk memegang al-Quran ketika melakukan sumpah. Tetapi ia mestilah dengan menyebut nama Allah sama ada wallahi, wabillahi atau watallahi. Tidak boleh menggunakan selain nama Allah atau sifat-sifatNya. Firman Allah Azza wa Jalla dalam surah al-Maidah ayat 106: