Photobucket

kulaan

Thursday, September 12, 2013

KEBAIKAN BERBEKAM

Tentang Bekam, Kebaikan Berbekam

Rawatan dan Amalan Berbekam

Waktu Bekam

Waktu berbekam - Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa bertujuan mengubati penyakit.

Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

Alat bekam

* Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

* Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.

Larangan berbekam

* Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

* Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

Kebaikan berbekam

* Membantu menghilangkan pening dan migrain.

* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.

* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.

* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Jenis bekam

Bekam kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.


Bekam Sunnah

Keinginan hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan manusia berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.

Pernahkah anda mengamalkan bekam bagi mengeluarkan darah dan angin kotor agar tubuh menjadi lebih sihat? Bekam dalam istilah Melayu membawa maksud mengeluarkan angin dalam badan atau pelepasan darah kotor daripada badan, manakala dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai al-Hijamah, iaitu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan.

Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Ia juga didakwa mampu menyembuhkan kira-kira 72 jenis penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif.

Pengamal kaedah perubatan bekam, Noraini Tumijan menjelaskan bekam adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri.

Sambungnya, berbekam adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT. Ada beberapa jenis bekam diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.

"Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia adalah bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi," katanya ketika ditemui di premis miliknya di Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Noraini berkata, bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.

"Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Kini, teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama," katanya.

Seperti juga rawatan lain, amalan berbekam harus dimulakan dengan memeriksa badan pesakit. Bagi mereka yang arif soal berbekam mereka mampu mengetahui keadaan pesakit hanya dengan menekan urat tertentu di badan pesakit.

Katanya, teknik bekam yang diperkenalkannya selamat, tidak sakit dan berbahaya dan mendakwanya berkesan mengubati dan mencegah penyakit. Dalam jangka masa singkat, bekam didakwanya mampu memperbaiki dan menjadikan tubuh lebih sihat.

"Daripada sentuhan berkenaan, penyakit akan dapat dikesan melalui kehangatan bahagian kulit pesakit yang akan mengeluarkan haba. Kaedah yang kedua melalui pemerhatian. Melalui kaedah ini pesakit yang mempunyai masalah kesihatan didapati mempunyai tanda kemerahan dan bengkak yang berkilat di bahagian kulit. Kulit pesakit juga akan kelihatan kasar, tebal, berwarna hitam dan bertompok-tompok.

"Kaedah tekanan boleh digunakan dengan cara menekan bahagian tertentu. Apabila tekanan dilakukan pada bahagian itu pesakit akan berasa sakit," katanya.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, bekam darah boleh dilakukan dengan mencucuk kulit bagi membolehkan darah kotor disedut keluar menerusi tiub khas. Rawatan ini dilakukan kira-kira 20 minit bergantung kepada ketahanan individu dan seelok-eloknya dilakukan pada waktu tengah hari kerana ketika itu urat saraf berkembang.

"Pelanggan dinasihat tidak mengambil sebarang makanan dua jam sebelum melakukan sesi berbekam dan begitu juga mandi. Selain itu, mereka juga digalakkan berehat selepas menjalani sesi rawatan.

"Kelebihan mengamalkan bekam darah adalah ia menjanjikan kesegaran tubuh serta-merta sekali gus mengembalikan keserian kulit. Ini kerana darah yang keluar menerusi kulit adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit dalam badan," katanya.

Noraini berkata, bekam darah juga dapat mengurangkan migrain dan masalah senggugut serta endometriosis serta melancarkan peredaran darah tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat dan malas justeru berbekam akan melancarkan peredaran darah semula.

Antara kebaikannya lain ialah membantu menajamkan penglihatan dan menangani pelbagai penyakit iaitu 72 jenis penyakit seperti ketegangan urat, darah tinggi, kolesterol, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Menjelas lanjut mengenai amalan bekam, Noraini memberitahu beliau juga menawarkan rawatan bekam angin digunakan untuk membuang angin dalam badan. Biasa dilakukan dengan menyedut angin menggunakan sejenis alat berbentuk pistol dan disedut menerusi bekas kaca.

Bagi Noraini, bekam angin dilakukan ke beberapa bahagian badan pesakit seperti di pangkal tengkuk (bagi menghilangkan pening dan migrain), bahu (bagi mengurangkan tekanan), belikat dan pinggang.

"Kebaikan bekam angin ialah membantu membuang angin dalam badan serta melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, membantu memecahkan lemak, peluh serta melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki, mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar," katanya.

Menggunakan kaedah rawatan moden, Noraini memberitahu sebelum melakukan bekam pada pelanggannya, tubuh yang bakal disuntik dengan jarum disapukan dengan minyak bagi melembutkan permukaan kulit.

Selepas itu, barulah melakukan bekam luncur iaitu dengan menolak bekas kaca ke atas dan bawah. Jika pelanggan mengalami rasa pening, bekam harus diberhentikan serta-merta.

"Lazimnya bekam dilakukan secara ganjil iaitu lima, tujuh atau sembilan dan berikutnya. Buat pelanggan yang baru mencuba, saya tidak menggalakkan mereka lakukannya secara serentak atau berlebih-lebihan kerana khuatir mereka tidak biasa dengan hasil tindak balasnya dan boleh menyebabkan mereka pengsan.

"Oleh itu, mereka perlu tenang dan bagi mereka yang mengalami tekanan, saya tidak galakkan mereka lakukannya.

"Seiringan itu, selain mengamalkan 10 titik bekam yang harus dilakukan iaitu pada kepala, bawah telinga kiri dan kanan, leher, tulang bahu kiri dan kanan, pinggang kiri dan kanan serta bawah lutut kiri dan kanan mengikut Sunnah Nabi, saya juga lakukannya mengikut permintaan pelanggan. Darah kotor yang keluar dari tubuh bukan saja membantu menyihatkan tubuh badan, tetapi sebaliknya mengembalikan keremajaan kulit tidak kira lelaki mahupun wanita"

Boleh dilakukan seawal usia tujuh tahun, Noraini berpendapat amalan berbekam seelok-eloknya diamalkan dua kali sebulan agar tubuh kembali sihat di samping penjagaan kulit.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/04/tentang-bekam-kebaikan-berbekam.html#ixzz2egUS5D7c
 photo Untitled1-1.jpg
Ada 21 titik-titik bekam Nabi (Titik Hijamah) jadi pengobatan Bekam ini adalah Murni pengobatan Islam, ada banyak Hadits Nabi tentang bekam meski bekam sudah ada jauh sebelum Nabi. Bekam di kukuhkan Allah sebagai pengobatan terbaik adalah ketika waktu Isra’ Mi’raj, Nabi melewati sekumpulan Malaikat, dan Malaikat menyeru “Wahai Muhammad, perintahkan umatmu berbekam, diulang3x”. Maka ada sekitar 40 Hadits tentang bekam, mulai manfaat bekam, titik-titik bekam, hari terbaik bekam, upah bekam, hari larangan bekam dll. Berikut ini titik-titik bekam (cupping point) yang saya rangkum dari Buku Bekam, Sembuh dengaan satu titik. Gambar titik-titik bekam:
1. Ummu Mughits (Pusat penyakit, di puncak kepala agak kebelakang, 2/3 bagian depan). Merupakan titik bekam sakit kepala, titik bekam vertigo, migren. Dan Juga Titik Bekam diabetes menurut dr. Aljufrie, yaitu titik merangsang pangkreas.
2. Hammah (di kepala bagian depan)
3. Yafukh (titik di tengah kepala, pertemuan tulang tengkorak depan dan belakang)
4. Naqroh ( leher bagian belakang, tulang 1-7, dari batas rambut hingga ke tulang 7)
5. Qomahduwah (bagian belakang kepala)
6. Akhda’ain (di kanan kiri leher)

7. Kahil (di tonjolan belakang nomer 7, antara bahu kanan dan kiri setinggi pundak)
8. Munkib (antara bahu dan lengan atas)
9. Dzuqn (di dagu, kanan, kiri, bawah atau sekitar janggut)
10. Udzun (di belakang telinga)


11. Tsadyu (di bawah payudara)
12. Qithon ( di punggung bagian bawah). Titik Bekam Wasir
13. Asfalas Shodr (bawah dada kiri dan kanan). Titik Bekam jantung
14. Wirk (di pangkal paha, bagian bawah belakang tulang pinggul)
15. Maq’idah (di pantat, di bagian paling menunjol ketika duduk)

16. Rukbah (kanan kiri atau atas lutut)
17. Fakhd (di paha di batang tulang femur)
18. Saaq (Tungkai bawah, antara lutut dan pergelangan kaki)
19. Rusygh (terletak antara lengan bawah dengan telapak tangan)
20. Zhohrul Qodam (terletak di punggung kaki/Titik bekam asam urat)
21. Iltiwa’ (di bawah mata kaki bagian dalam).

SUMBER :www.alatbekam.net

Tuesday, September 10, 2013

 photo Untitled1-1.jpg

TARIKH AFDAL BERBEKAM

DALIL/HADIS BERBEKAM PADA TANGGAL 17/19/21hb KALENDAR ISLAM

Nabi SAW bersabda: “Sungguh tanggal yang terbaik untuk melakukan hijamah adalah tanggal 17, 19 dan 21.”

Rasulullah SAW melakukan hijamah pada tanggal 17, 19 dan atau tanggal 21.”

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang melakukan hijamah dari suatu bulan tepat tanggal 17, 19 atau 21 maka baginya ubat dari segala penyakit.”

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin melakukan hijamah maka hendaknya ia memilih tanggal 17, 19 dan atau 21.”

Terdapat banyak hadis mengenai bekam di antaranya ialah:

1. Dalam riwayat Ibnu Ma'ud menyatakan... Masa malam Nabi Muhammad s.a.w di isra' kan oleh Allah s.w.t, sekumpulan para malaikat membekam dirinya..dan dikatakan disitu " wahai Muhammad suruhlah umat mu berbekam..kerana sebaik-baiknya rawatan adalah berbekam"
2. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"
(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)

3. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz"
(lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar) ....

4. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."
(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

5. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"
(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

6. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"
(Riwayat Imam Ahmad)

7. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)


kopipes dari : www.terapialternatifislam.com
 

Wednesday, September 4, 2013

BEKAM@AL HIJAMAH.

 photo Untitled1-1.jpg



BEKAM @ AL HIJAMAH @ PHLEBOTOMY @ OXIDANT DRAINAGE THERAPHY

Ramai yang bertanya, bolehkah bekam untuk rawat sakit itu, untuk rawat sakit ini?

Hal ini adalah kerana khasiat dan kelebihan bekam diperhebahkan dengan cara melalui media massa, media cetak mahupun media alam maya. Ya, ianya sememangnya usaha yang baik dalam memperkenal dan menyebarkan 'perubatan langit' ini.

Bahkan tidak terkecuali, tentang fungsi bekam dalam merawat atau mengeluarkan penyakit-penyakit bersifat makhluk halus dalam tubuh juga turut dihebahkan. Ya, ini juga satu kesungguhan yang baik dan mulia.

AKAN TETAPI...

Yang menjadi permasalahan adalah kefahaman mereka yang menginginkan khidmat bekam berikutan penyakit atau permasalahan yang dikatakan boleh selesai dengan bekam.

Mereka menganggap dengan bekam masalah mereka boleh selesai, malahan tidak berulang kembali. Hal ini agak merumitkan jika mereka tidak diperjelaskan dengan perihal yang sebenar berkaitan bekam dan lebih harunya jika selepas berbekam, penyakit mereka masih tidak sembuh, dari situ bimbangnya mereka menyalahkan atau merendah-rendahkan bekam. (Sememangnya paling utama kesembuhan adalah hak mutlak ALLAH)

Bekam @ Al Hijamah @ Phlebotomy @ Oxidant Drainage Theraphy, secara asasnya adalah bertujuan mengeluarkan darah stasis atau stagnasi darah yang berada di lapisan subkutenues, sehingga berlakunya sumbatan pada intravaskular, yang akibat dari situ boleh memberi risiko penyakit-penyakit yang bermula dengan jantung, paru-paru, perut, buah pinggang dan usus. Hasil dari permulaan risiko tersebut akan mencambahkan risiko-risiko kepada penyakit-penyakit lain. NauzubILLAH.

Skop Terapi Bekam berfungsi dan bekerja pada 2 keadaan utama, iaitu :

1) Pencegahan
2) Rawatan

Oleh kerana itu, dalam halnya Prinsip Bekam, terhimpun 3 perkara yang darinya jika kurang salah satu, boleh membawa 3 faktor yang mungkin akan:

1) Memudaratkan (jangka masa lama)
2) Melemahkan (jangka masa terdekat)
3) Menyakitkan (jangka masa semasa)

3 Prinsip Bekam adalah :

1) Diagnos
2) Kenal Pasti (Tindakan Terapi)
3) Susulan (Amalan dan Pantang Selepas Bekam)

Secara amnya juga, ramai yang mendakwa, darah yang keluar dari sedutan bekam adalah Darah Kotor. Perlulah jelas, sebagai tukang bekam apatah lagi bergelar ahli bekam, perkara paling penting adalah mengenali masalah darah.

Darah kotor yang selama ini diperkatakan itu, adalah istilah yang amat tidak sesuai digunakan dalam Terapi Bekam, darah kotor membawa maksud darah yang mempunyai kuman yang boleh berjangkit, boleh menular dan tidak boleh disentuh. Berlainan keadaannya istilah darah kotor sesuai digunakan jika tukang bekam membekam seorang pesakit HIV atau AIDS, itu jelas, darah dari tubuh pesakit tersebut adalah darah kotor.

Maka, istilah yang lebih sesuai digunakan adalah Darah Yang Bermasalah atau Darah Stasis atau Stagnasi Darah.

Persoalannya bolehkah bekam merawat pesakit yang mengalami masalah gangguan? Jawapan secara ringkasnya, tidak boleh, jika hanya bekam sahaja ikhtiarnya. Pernyataan yang paling sesuai adalah : Bekam merupakan salah satu terapi yang MEMBANTU proses-proses kesembuhan (perawatan) dan MENCEGAH (pencegahan) risiko-risiko untuk penyakit samada jasmani atau rohani. (Bukan untuk Mengeluarkan atau menyembuhkan penyakit)

Maklumat-maklumat yang berbentuk ilmiah amat perlu disampaikan kepada mereka yang kurang jelas atau tidak tahu akan perihal bekam ini, supaya kesalahfahaman tidak terus menerus berlaku dan masyarakat lebih mencintai Sunnah dalam Perubatan ini.

Jika ditanya berapa lamakah sang faqir terlibat dengan bekam? Jawapannya, tidak lama, baru 15 tahun saja.

Adapun antara titik-utama utama dalam ikhtiar bagi permasalahan gangguan makhluk halus melalui Terapi Bekam adalah :

1) Ummul Maghits
2) Kahil
3) Katifain
4) Bainul Katifain
5) Qithon

Setiap penyakit ada titik-titik khasnya, dan setiap titik- titik tersebut ada penjelasan serta penerangannya.

InsyaALLAH, perkongsian lanjut berkenaan bekam boleh kita sama-sama berkongsi pada 15hb September ini di Dewan Kuliah, Masjid Al Ubudiyyah, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor. Maklumat lanjut boleh merujuk di SINI

Indahnya mencintai Sunnah beserta kefahaman.
KOPIPES DARI BLOG:TIAF(TERAPI ISLAM AL FATAH)