Photobucket

kulaan

Saturday, November 28, 2009

KURSUS TASAUF N TAREQAT-SIRI 2



MAJLIS MUNAQASHAH TASAUF & TAREQAT - Siri 2

Assalammualaikum WMT dan salam mesra,

AlhamduLILLAH, syukur ke hadrat ALLAH Zat Yang Maha Pemberi lagi Penyayang.

Dalam kesempatan yang ada ini, suka untuk saya mengwar-warkan kursus Tasauf & Tarekat siri 2, berikutan dari kursus yang pertama sebelum ini.

Kursus ini akan dibentang oleh Ustaz Muhammad Hizam Al Ahmadi ( MH - Bsc, Ginger - TAQ).

Berikut adalah maklumat kursus:

Tajuk : MAJLIS MUNAQASHAH TASAUF & TAREQAT - Siri 2

Penyampai : Ustaz Muhammad Hizam Al-Ahmadi



Tarikh : 6hb Dec 2009 (Ahad)

Tempat : No 27 - 1, Jalan knmp 1, Kompleks Niaga Melaka Perdana,
75450, Bukit Katil, Melaka.

Masa : 9am - 5.30pm


Yuran : Yuran : RM 120 – Termasuk :
i) Nota
ii) Jamuan

Jumlah peserta : Maksimum 40 orang sahaja. (Penyertaan dibuka umum kepada
Hamba ALLAH S.W. & Umat Rasulullah S.A.W)

Objektif Kursus :

1) Memperkenalkan ilmu Tasauf dan Tareqat
2) Mendedahkan kepentingannya dalam ibadat seharian dan
fungsinya yang utama serta penting di dalam rawatan
jasmani dan rohani.
3) Memperbetulkan kesalahfahaman orang awam akan
amalan-amalan Tareqat Muktabar.
4) Memperluaskan pengetahuan tentang ilmu yang wajar
diamalkan dalam hidup

Bab-Bab yang akan disyarah dan dibahaskan :

1. HAQIQAT TASAUF & TAREQAT

2. PERINGKAT2 NAFSU DAN DARJAT2 MANUSIA DALAM PANDANGAN
TASAUF.

3. Perbezaan Antara Tasauf Haq Dan Bathil

4. Juga akan membincangkan tentang WIRID AZIM Sidi Sayyid
Ahmad idris, kanzus saadah & tujuan sebenar
selawat-selawat TAJALLI.

5. Dan lain-lain lagi yang berkaitan. InsyaALLAH.



InsyaALLAH pada malam sebelum kursus (5hb Dec) akan diadakan Majlis Zikir Ahmadiah Idrissiah Ad Dandarawiah & Muzakarah yang akan dipimpin oleh Sheikh Mohd Zan (Sheikh MZ), iaitu salah seorang wakil Sheikh Mohd Faiz ( Mursyid Ahmadiah Idrissiah).

Majlis akan bermula selepas Maghrib, berikut adalah maklumatnya:

Majlis Zikir Ahmadiah Idrissiah Ad
Dandarawiah & Muzakarah Tasauf


Pimpinan : Sheikh Mohd Zan Ad Dandarawiah


Tarikh : 5hb Dec 2009

Tempat : Balai Islam, Taman Cempaka, Melaka.

Masa : Maghrib - 12.30 tghmalam

Yuran : RM10 sahaja ( sebagai tampungan jamuan makan malam)
Jika ada peserta kursus yang berminat untuk turut
serta menghadiri majlis ini, yuran kursus adalah RM130.


Kenapa ada bayaran?

Bukan bayaran tetapi sumbangan. Kerana persiapan makan minum adalah diuruskan secara mengupah orang lain, secara kos kasarnya jamuan makan malam Majlis Zikir adalah RM350, makanya adalah lebih molek ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

Bagi kemudahan sesama kita, yuran dan pengesahan kehadiran mohon dapat dilakukan seminggu sebelum kursus bagi tujuan edaran nota dan tempahan jamuan.

Yang paling penting adalah pengesahan kehadiran paling lewat seminggu sebelum kursus bagi kemudahan kedua-dua pihak, atas sebab tempat amat terhad. Sms nama penuh dan nombor kad pengenalan pada no.tel yang telah disertakan. Kerjasama dari anda yang berminat amat dihargai.

Bagi yang berminat, yuran boleh dimasukkan terus melalui akaun Maybank 107135037936 (Wan Asrul).

Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-6727627 / 019-6727626.

Semoga mendapat manfaat bagi kita semua dalam usaha mendekatkan diri kepada ALLAH.

Maaf yang tidak terhingga jika ada tersalah silap dari saya yang hina lagi lemah disisi ALLAH.

Yang baik dari ALLAH, yang buruk jua dari ALLAH, sebagai tanda saya manusia yang serba lemah, daif dan hina tanpa dengan izinNYA.

WALLAHUALAM.

2 comments:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

kursus2 nie diadakan di tanak kelahiranku.. =)

kulaan said...

Cantik...Bile lagi nak sapot kawan bro...