Photobucket

kulaan

Sunday, February 27, 2011

SAMAN EKOR 2

PhotobucketMajlis Peguam saran saman ekor dikaji semula
Monday, 09 August 2010 09:56am
©Berita Harian (Digunakan dengan kebenaran)
oleh Magendran Rajagopal, Wan Faizal Ismayatim, Haspaizi Mohd Zain dan Ahmad Johari Mohd Ali

Polis, JPJ perlu guna sistem penyampaian lebih berkesan

KUALA LUMPUR: Pengamal undang-undang meminta supaya pengeluaran saman ekor oleh polis trafik dikaji semula kerana tindakan itu umpama menjatuhkan hukuman ke atas pemilik kenderaan walaupun kesalahan masih belum dibuktikan.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan, berkata dari segi prinsip, ada peruntukan undang-undang bagi membolehkan saman ekor itu dilaksanakan, tetapi masalah yang timbul berhubung cara penyampaian saman tidak efektif.

“Masalah timbul jika saman itu tidak sampai kepada kita, ini menunjukkan ada kelemahan dalam sistem penyampaian. Oleh itu, sistem ini perlu dikaji dan diperbaiki semula sama ada polis atau JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) menggunakan sistem yang efektif dan berkesan, ” katanya.

Peguam Salim Bashir berkata, orang ramai tidak boleh dipaksa membayar kompaun dan dikenakan waran tangkap melalui saman ekor kerana proses itu tidak mengikut sistem perundangan betul.

Katanya, hanya mahkamah yang boleh mengeluarkan perintah sedemikian dan bukannya polis atau JPJ kerana pihak berkenaan tidak diberi kuasa memutuskan sama seseorang individu bersalah atau sebaliknya.

Peguam Arif Azami Hussein berkata, melanggar hak kebebasan individu untuk didengar dan membela diri yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Katanya, pelaksanaan itu melangkaui prosedur perundangan kerana ia bersifat menghukum dengan serta merta.

“Mengikut prosedur betul, seseorang individu diberi notis terlebih dulu sebelum dihadapkan ke mahkamah, saman ekor bukan saja melangkaui prosedur itu, malah hukuman dikenakan tidak memberi banyak pilihan kepada kita, ” katanya.

http://www.malaysianbar.org.my/legal/general_news/majlis_peguam_saran_saman_ekor_dikaji_semula.html

**************************************************

kalau polis datang cari aku
aku akan tunjuk ni sbg bukti
dan aku sanggup ke mahkamah
dan aku akan baca apa yg Majlis Peguam ni nyatakan
inilah hak kita sebagai rakyat malaysia

kenapa kita harus takut dan tunduk kepada kepincangan pihak kerajaan
masa untuk rakyat bangkit !!!

sumber:www.detikdaily.net

1 comment:

Admin said...

Bila kuasa ada di tanggan semua boleh di buat