Photobucket

kulaan

Sunday, January 3, 2010

TEMUDUGA!!!!

TEMUDUGA TERBUKA!!!

Photobucket

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN


KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallah hualam..semuga berjaya dalam temuduga ini...

5 comments:

anakmuaallaf said...

Salam Kulaan,
Cukup halus sentuhan ini.Cara iklan yang cukup seni.Mohon c&p ya..
Kulaan sila ke followwer saya agar dapat kunjung kala berada di dunia maya.

kulaan said...

Waalaikumsalam ya anak muallaf..betul kata tuan iklan ini amat halus sentuhan nya ..maka saya dengan rasa renndah diri kena tabik spring pada sahabat saya sdr Abu Bakar yang send iklan ini di my Tagged..

Budak Malu818 said...

tajam dan tepat,penyampaian ini..
bisa2..

zai said...

salam kulaan,
mudah2an kita semua berjaya di dalam temuduga tertutup ini..wlupun pada masa tersebut mulut tidak mampu lagi berkata2 hanya amalan dan anggota badan yg menjadi saksi setiap amalan dan perbuatan baik atau buruk ketika hidup didunia ..semoga mendapat akhiran hidup yg baik hendaknya.

kulaan said...

Salam kak zai..mudah2an semuga kita sume lulus temuduga tu..yamg penting kite cemerlang gemilang dan terbilang dialam kubur..amin..