Photobucket

kulaan

Sunday, December 19, 2010

Photobucket

Bersemangat pada permulaan hari dan terus kekal bersemangat

Assalamualaikum WTH..
Bagaimana caranya untuk kita bersemangat ketika memulakan hari dan terus kekal bersemangat? Wah.. Sejujurnya tajuk diatas sememangnya tajuk yang saya sangat gemari. Sebagai seorang usahawan muslim yang bekerja didalam didalam sektor yang menuntut saya untuk bekerja dalam tempoh 16 jam sehari di dalam situasi tertekan menyebabkan saya memerlukan sesuatu motivasi yang membolehkan saya terus bersemangat sepanjang hari.
Disini saya berkongsi dengan kalian semua beberapa tips yang saya amalkan untuk terus kekal bersemangat pada awal hari dan terus kekal:
1. Mengamalkan suruhan Allah SWT dan meninggalkan apa yang di larang

2. Solat sunat dhuha Dan Surah Al-Waqiah
Percayakah anda, (dengan izin Allah) semangat saya dipupuk oleh rahsia kelebihan mengamalkan solat sunat dhuha dan membaca surah Al-waqiah secara konsistan? Alhamdulillah, walaupun saya hanya mula mengamalkan amalan ini selama setahun lebih, semangat saya untuk menjadi usahawan muslim yang berjaya dirangsang hebat oleh dua amalan ini. Sejujurnya kedua-dua amalan ini seakan mempunyai aura yang yang hebat untuk meransang saya untuk mencapai niat dan matlamat saya ketika menceburi bidang keusahawanan ini.
3. Memulakan langkah dengan niat.                                                            
Memulakan langkah dengan niat adalah satu kaedah yang dapat meningkat semangat saya. Jika anda semua menghayati kepentingan keindahan "niat" yang diamalkan oleh kita ketika berdiri sebelum menunaikan solat. Bukankah pada ketika itu kita membayangkan kekerdilan diri dan mempersembahkan diri kita kepada pencipta kita iaitu Allah. 
Nah! mengapa tidak kita amalkan ketika langkah pertama kita untuk berjuang kepada diri kita  dan umah sejagat juga? Disinilah konsep penyerahan diri diantara hamba kepada tuannya. Anda akan merasai kehebatan semangat ini jika anda mula berniat sekarang! Jangan pernah rasa terlambat untuk berniat!
4. Memakai wangi-wangian
Memakai wangi-wangian juga merupakan salah satu cara untuk saya meningkatkan semangat dan keyakinan diri terutamanya ketika berhadapan dengan pelanggan yang saya cintai. memakai wangi-wangian bukan sahaja bermaksud memakai wangi-wangian fizikal sahaja. Sebaliknya ia merupakan kombinasi diantara disiplin diri seperti menjaga penampilan, pertuturan dan lain-lain.
5. Jerit di dalam hati "Aku mahu menjadi usahawan muslim yang hebat harini!"
Pernahkah anda mendengar kisah peninju terhebat "muhammad ali" mengetuk pintu rumah dikawasan kejiranannya semata-mata untuk menyatakan dirinya hebat? Mengapa dia berbuat demikian? Walaupun ianya kedengaran agak melucukan, namun itu adalah cara Muhammad ali memotivasikan dirinya untuk terus bersemangat.
(P/s Jangan buat yg muhammad ali tu buat sekiranya anda tak mahu nama anda dikenang seumur hidup dikalangan kejiranan anda!) cUKUPLAH SEKADAR MENJERIT DI DALAM HATI SAHAJA..
Mulakan semua ini hari ini, dan rasakan kehebatan motivasi semangat diri anda! Namun saya ingatkan anda, walauapapun yang anda lakukan, kualiti ibadah haruslah diutamakan berbanding kuantiti ibadah. 
Selamat berjuang saudaraku semua! 
MOGA ISLAM TERUS MAJU!
“Barangsiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, kami memberinya tambahan kepada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa mengkehendaki (dengan amal usahanya) kebaikan didunia semata-mata, kami beri kepadanya daripada kebaikan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan dia tidak beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak”  
Surah As-Syura :20 SUMBER :http://travelogusahawanmuslim.blogspot.com

1 comment:

Belly Surya Candra Orsa said...

Great Blog..!!!! Keep Blogging.... :)