Photobucket

kulaan

Thursday, October 8, 2009

8 Oktober Pasukan Bendera Indonesia Menyerang Malaysia

KAJANG 7 Okt. Rakyat negara ini diharap tidak panik dan jangan membuat sebarang andaian berhubung khabar angin kononnya satu kumpulan yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) akan menyerang Malaysia dengan buluh runcing ekoran beberapa isu berbangkit.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis akan menyiasat khabar angin itu dan sentiasa dalam keadaan siap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan demi menjamin keselamatan negara.

Polis perlu menyiasatnya dulu. Kita mempunyai pakar dalam bidang pemantauan dan risikan untuk menentukan kesahihannya, kata Ismail kepada pemberita selepas melawat kawasan panas di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi di sini.

- Bernama

Isuhangat di blog-blog ada yang memaklumkan bahawa pergerakkan BENDERA akan mulai berangkat pada 8 Oktober ini iaitu hari Khamis melalui pelabuhan di Surabaya, Indonesia. Dan dikatakan juga telah ada 10 orang daripada ahli itu berjaya meloloskan diri menyusup kedalam negara ini sejak kelmarin untuk menubuhkan "network" dikalangan para pekerja Indonesia yang bekerja dalam berbagai sektor di Malaysia.

BENDERA juga menegaskan bahawa mereka telah berjaya menghubungi dan akan merekrutkan 1.45 juta pekerja Indonesia di negara ini. Pekerja Indonesia yang telah berjaya dipengeruhi oleh BENDERA itu nanti akan dikehendaki untuk membakar semua tempat seperti asrama-asrama pekerja, kilang-kilang, pejabat-pejabat, setor-setor dan sebagainya yang terdapat ditempat mereka bekerja.

Di harap kerajaan Malaysia jangan terlampau confident sangat dengan jaminan kerajaan Indonesia. Sila perketatkan lagi persisiran pantai di Malaysia dan juga sempadan di Borneo. Pemantauan juga mesti dibuat kepada pekerja-pekerja Indonesia di negara ini.

Kami tidak rela berPMkan Bambang.Sumber:Isuhangat.blogspot.com


No comments: