Photobucket

kulaan

Tuesday, October 13, 2009

SILA PINDAH TUANKU

PM27 : Sila pindah tuanku

Sihir ke atas Puan H seperti tidak ada noktah hentinya. Beliau datang mendapat rawatan, kemudian pulang dalam keadaan sihat akan tetapi kembali selepas beberapa minggu akibat serangan baru. Rawatan hari ini mengambil masa yang agak singkat. Kumpulan jin-jin sihir yang dihantar penyihir kali ini agak mudah dikeluarkan berbanding sebelum ini.

Setelah Puan H sedar dari kerasukannya...
Puan H: "Ok ustaz. Saya dah ok dah. Tadi kepala rasa berat sangat, sekarang dah ok dah."
Saya: "Belum, masih ada."
Puan H: "Ha? Masih ada?"
Saya: "Boleh saya tanya akak beberapa soalan dan saya nak akak jawab dengan ikhlas."
Puan H: "Boleh...insyaAllah."

Saya mula menanyakan perihal yang tertumpu kepada kebolehan yang ada pada Puan H. Kebolehan yang paling hebat adalah kebolehan mengubati orang. Katanya dia pernah mengubati orang dan pernah beberapa kali mendapat mimpi tentang cara pengubatan.

Tanpa melengahkan masa...
Saya: "(membuat pengumuman) Jin yang pandai mengubat, sila muncul sekarang kerana Allah."
Puan H terus kerasukan...
Saya: "Kamu jin yang sering membantu dia dalam hal perubatan betul tak?"
Jin: "Ya."
Saya: "Terdapat penggunaan mentera dalam cara pengubatan kamu betul tak?"
Jin: "Ya."
Saya: "Kamu hadir dalam mimpi beliau untuk beri dia ilham, betul tak?"
Jin: "Ya."
Soalan bertalu-talu yang saya ajukan serta dakwah yang saya sampaikan telah menyebabkan jin ini sedih dan menangis tersedu-sedu.

Perbualan kami akhirnya membongkar cerita bahawa jin warisan ini adalah seorang Sultan kepada sebuah kerajaan di dalam tubuh Puan H.

Saya: "MasyaAllah kamu adalah Sultan. Maafkan saya jika terkasar bahasa."
Sultan: "Tidak mengapa."
Saya: "Saya mohon tuanku serta rakyat tuanku meninggalkan badan wanita ni dan berpindah ke Darul Islah."
Sultan: "Mohon beta melindungi wanita ini sebelum beta meninggalkan beliau."
Saya: "Boleh. Tetapi saya tidak membenarkan tuanku menggunakan sebarang mentera dan jampi."
Sultan: "InsyaAllah. Beta dah insaf."

Saya dan suami Puan H menyaksikan bagaimana Sultan (dalam keadaan sedih) membina perlindungan kepada Puan H menggunakan ayat-ayat al-Quran yang dibacakan secara jelas. Setelah semuanya selesai, Sultan kemudiannya memusnahkan istana kediamannya dan seterusnya membawa rakyatnya berpindah ke Darul Islah.

Kemudian muncullah beberapa watak-watak jin yang berbeza-beza berdasarkan kepada kebolehan-kebolehan yang ada pada Puan H seperti:
1) Jin tukang urut - Puan H memang pandai mengurut tanpa belajar secara formal.
2) Jin tukang masak - Puan H memiliki kemahiran memasak yang luar biasa.
3) Jin tukang jahit - Puan H juga ada kebolehan menjahit.
4) Jin petani - bila menanam pokok, pasti pokok yang ditanam Puan H menjadi.

Kesemua jin-jin ini adalah pekerja-pekerja istana yang tiada di istana (off duty) ketika Sultan meninggalkan mereka dan memusnahkan istana. Mereka akan muncul dalam keadaan terkejut dan menangis tersedu-sedu bila mengetahui tentang perkara yang sedang berlaku.

Jin: "Mana Sultan? Kenapa Sultan tinggalkan kami? Kenapa istana musnah. Kenapa ini semua berlaku?"

Setiap mereka begitu setia dan menyayangi Sultan dan tidak berlengah lagi meninggalkan Puan H bila mereka tahu keadaan sebenar.

Setelah kesemua jin-jin yang berkaitan dengan kebolehan Puan H dikeluarkan saya mula membuat pengumuman baru..
Saya: "Dalam kerajaan ini pasti ada yang belot. Kamu yang belot, sekarang silakan muncul kerana Allah."
Jin: "Ya saya."
Saya: "Kamu siapa."
Jin: "Saya tuan Puteri."
Saya: "Adakah tuan Puteri berseorangan?"
Saya: "Tidak. Saya bersama dua dayang."
Saya: "Kenapa tuan Puteri dikatakan belot?"
Jin: "Saya datang dari kerajaan lain dan ingin mengahwini Sultan."
Saya: "Apa yang berlaku tuan Puteri."
Jin: "Cinta saya ditolak Sultan."(menangis teresak-esak)
Saya: "Kenapa tuan Puteri masih menetap di sini dan tidak pulang ke kerajaan tuan Puteri?"
Jin: "Kerajaan ayahanda musnah."
Saya: "Jadi tuan Puteri yatim piatu."
Jin: "Ya."
Saya: "Maafkan saya."
Jin: (diam)
Saya: "Berapa ramai isteri Sultan?"
Jin: "Sultan tidak berkahwin."
Saya: "Sultan tidak berkahwin? Saya menganggap Sultan tidak berkahwin kerana sayangkan rakyat dan tidak mahu rakyat kecewa. Dan rasanya inilah sebabnya rakyat amat-amat menyayangi Sultan."
Jin: "Tepat sekali."
Saya: "Takpe. Biar saya berbincang dengan tuanku Sultan."

Saya mula berbincang dengan Sultan dan menyuruh Sultan membuat keputusan berdasarkan sokongan rakyat. Akhirnya rakyat sebulat suara menerima tuan Puteri sebagai Permaisuri. Tuan Puteri akhirnya dilamar Sultan.

Yang terakhir muncul adalah tentera berkuda;
Saya: "Siapa ni."
Jin: "Kami tentera berkuda. Eh, kenapa istana musnah? Dimana Sultan?"
Saya: "Sultan telah dipindahkan ke Darul Islah."
Jin: "Ayuh segera! Sultan amat-amat memerlukan kami."
Saya: "Nanti dulu. Saya minta kamu lakukan tugasan terakhir untuk memastikan kesemua rakyat jelata meninggalkan badan perempuan ni."
Jin: "Baiklah. Itu memang tugas kami."

Jin-jin mula keluar dalam bilangan yang sangat ramai.

Pesakit mula sedar dan suami Puan H yang tercengang dari tadi mula menanyakan pelbagai soalan...
Suami Puan H: "Ustaz, saya tak sangka ada saka dalam badan isteri saya."
Saya: "Maafkan saya, kehadiran saka atau warisan dalam badan seseorang akan memudahkan badannya dimasuki jin. Mereka (saka atau warisan) adalah pada asalnya bertujuan melindungi pesakit, tetapi tanpa mereka sedari kehadiran mereka telah mengundang atau memberi laluan kepada jin-jin lain."
Suami Puan H: "Ok barulah saya faham."


-Muallij

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*(Saya copy dari blog Guru saya : www.akrine.blogspot.com)

No comments: